MENU

(Sila klik imej yang dipaparkan diatas untuk lihat senarai pemilik pegangan yang gagal membayar cukai taksiran)

 

CUKAI TAKSIRAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Apakah Cukai Taksiran?

Cukai Taksiran/ Cukai pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti:

  1. Rumah kediaman

  2. Harta perusahaan dan perdagangan ( kedai, kilang, hotel, kompleks dan sebagainya )

  3. Tanah kosong yang terletak di dalam kawasan MPK

Mengapa Perlu Membayar Cukai Taksiran ?

Kutipan dari cukai taksiran adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.

Bila Perlu Dibayar?

Cukai Taksiran perlu dibayar 2 kali setahun iaitu

  1. ½ tahun pertama – 1hb. Januari hingga 28hb. Februari.

  2. ½ tahun kedua – 1hb. Jul hingga 31hb. Ogos bagi tiap-tiap tahun

Apakah Tindakan Atas Kegagalan Membuat Pembayaran ?

Mengikut Akta 171, anda akan dikenakan tindakan-tindakan seperti berikut:

  1. Notis ( dikeluarkan Borang E) akan kepada anda. Anda dikehendaki menjelaskan dalam masa 1 hari daripada tarikh notis.  Denda sebanyak 02% daripada baki tunggakan akan dikenakan kepada anda mengikut  Seksyen 147 (1).

  2. Jika masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan keatas anda.  Waran ini membolehkan Majlis merampas atau menyita apa-apa harta alih anda dalam premis.

  3. Harta alih yang disita boleh dijual melalui lelongan awam.

  4. Selain itu, pegangan anda juga boleh turut dijual.

Sehubungan dengan itu kepada pemilik pegangan dalam kawasan MPK yang disenarai dibawah ini, sila jelaskan tunggakan cukai taksiran/ pintu anda dengan segera, tindakan penguatkuasaan akan diambil tanpa sebarang amaran lagi.

Pembayaran boleh dibuat dengan cara berikut :

  1. e-Bayar MPK (https://ebayar.mpk.gov.my/login.php)
  2. Jompay
  3. Maybank2u
  4. Eb BSN
  5. Aplikasi PahangGo 

 

Pemberitahuan : 

Senarai pemilik pegangan yang dipaparkan adalah hasil semakan sehingga 19/06/2020. Sebarang pertambahan atau perubahan berkaitan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.