MENU

Bermula dari 23 Oktober 2020, pengguna jalan raya dari arah LKIM yang menuju ke pusat bandar Kuantan melalui jalan susur keluar dilokasi tapak pembinaan flyover, TIDAK lagi dibolehkan untuk membuat pusingan U dihadapan Pasaraya Giant.

Pusingan U hanya boleh dibuat selepas Jambatan Tanah Putih (berhadapan Petronas Tanah Putih). Semua pengguna jalan raya diingatkan untuk mematuhi papan tanda arah dan lencongan jalan ini bagi memastikan tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amat diharapkan.