MENU

INTIPATI TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA YDP MPK : PENGUATKUASAAN PEMATUHAN SOP PKPB BAGI PREMIS PERNIAGAAN DI KUANTAN

Semasa semakan di premis-premis perniagaan, SOP berikut akan disemak:-

  1. Kebersihan Premis dan Persekitaran
    1. Pemilik premis perlu menyediakan Jadual Pembersihan dan Buku Daftar Sanitasi (3 kali sehari)
    2. Kebersihan tandas
    3. Kebersihan dapur bagi premis makanan
    4. Pekerja memiliki kad kesihatan bagi premis makanan
    5. Menyediakan tempat mencuci tangan beserta sabun
    6. Tindakan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes
  1. Penjarakan Sosial
    1. Penandaan jarak 1 meter di lantai
    2. Penandaan ‘X’ di kerusi dan meja (premis makanan)
    3. Penjarakan 2 meter antara meja (premis makanan)
    4. Sistem pemantauan had bilangan pelanggan
    5. Keadaan penjarakan sosial di dalam premis, contoh pemilik membiarkan pelanggan tidak mengamalkan penjarakkan sosial.
    6. Pemilik premis perlu menyediakan Notis pemakluman penjarakan sosial
  1. Selain dari itu, Pekerja / pelanggan hendaklah pada setiap masa memakai topeng muka (face mask)
  2. Semakan suhu badan tidak melebihi 37.5 darjah celcius dan hand sanitizer di pintu masuk
  3. Pendaftaran Pekerja di dalam sistem mySejahtera
  4. Menyediakan buku / sistem rekod kehadiran pelanggan (Nama / Alamat / IC / No. Tel / Masa masuk & keluar). Penggunaan sistem pendaftaran melalui QR kod adalah digalakkan.
  5. Mempamerkan Poster Hebahan S.O.P Covid di dalam premis
  6. Mempamerkan Poster Larangan Merokok di dalam premis
  7. Menggunapakai Sistem Tempahan (Digalakkan)