MENU

Kuantan (7 Februari 2020) - Majlis Perbandaran Kuantan akan menggerakkan operasi menutup premis perniagaan tidak berlesen di kawasan Majlis Perbandaran Kuantan mulai 1 April 2020. Melalui proses ini, pemilik premis perniagaan yang tidak berlesen atau gagal memperbaharui lesen perniagaan bagi tahun 2020 akan ditutup selaras peruntukan Seksyen 101 (1) (v) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Setakat ini terdapat melebihi 600 premis yang gagal memperbaharui lesen premis perniagaan bagi tahun 2020.

Gambar sekadar hiasan.