MENU

Mulai 6 Januari 2020 (Isnin), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan melaksanakan sistem i-Sekat, iaitu sekatan kepada individu atau syarikat yang mempunyai tunggakan yang tidak dijelaskan dengan MPK. 

Pemohon yang mempunyai sebarang tunggakan termasuk tunggakan cukai taksiran, sewaan dan kompaun pelbagai kesalahan, akan menghadapi risiko terhalang untuk mendapatkan perkhidmatan  atau membuat sebarang urusan dengan MPK termasuk dalam urusan permohonan permit perniagaan atau penganjuran Bazar Ramadhan, pembelian dan pengemukaan dokumen tender dan penyewaan premis perniagaan serta permohonan cadangan pemajuan (OSC). 

Sistem i-Sekat ini akan menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran untuk mengesan individu atau syarikat yang mempunyai tunggakan. Sekatan tersebut hanya akan dibatalkan sehingga tunggakan tersebut dijelaskan sepenuhnya.