MENU

Sebuah aplikasi mobile yang dicipta khas untuk rakyat Pahang telahpun dilancarkan. Aplikasi yang dinamakan PahangGo ini merupakan satu aplikasi perkhidmatan setempat yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan rakyat negeri Pahang.

Keistimewaan aplikasi ini adalah perkhidmatannya yang menyeluruh, yakni merangkumi perkhidmatan agensi kerajaan dan juga swasta.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh PahangGo adalah “Semak dan Bayar” untuk cukai taksiran, cukai tanah dan pembayaran kompaun, pembayaran bil utiliti dan telefon, pembelian tiket bas, pembayaran yuran pengajian serta pembaharuan cukai jalan dan insurans kenderaan.

Selain itu, parkir digital, yakni pembayaran parkir secara atas talian menggunakan aplikasi PahangGo, turut diperkenalkan. Fasa pertama ianya boleh digunakan di Cameron Highlands. Fasa kedua bermula November 2019 meliputi Kuantan, Bentong, Raub, Lipis dan Temerloh.

Aplikasi PahangGo boleh dimuat turun menerusi Google Play dan App Store :-

Play Store - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.gox_mobile

App Store - https://apps.apple.com/my/app/pahang-go/id1474756387