MENU

Pembaharuan lesen premis perniagaan / iklan dan penjaja bagi tahun 2020 telah dibuka mulai 1 Disember 2019. Seramai 757 pelesen telah mengambil invois lesen dengan jumlah bayaran sebanyak RM1,292,465.85, walau bagaimanapun masih belum membuat sebarang bayaran sehingga kini.

Oleh itu sebanyak 757 premis perniagaan yang gagal memperbaharui lesen perniagaan bakal dikenakan tindakan tutup apabila tindakan penguatkuasaan diambil bermula 01 Januari 2020 kelak.