MENU

Warga Kuantan Mula Memberi Respon Positif kepada Perintah Kawalan Pergerakan

Pemantauan berterusan oleh MPK terhadap premis-premis perniagaan di penghujung hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan pematuhan dan kerjasama yang semakin baik.

Restoran San Hin di Air Putih sebagai contoh, mensyaratkan pelanggan menunggu di luar semasa pesanan Take Away disediakan.

Langkah ini adalah sangat penting dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid 19 dengan mengelakan orang ramai bersesak-sesak dan bersentuhan.

#stayathome #wecandoit