MENU

TINJAUAN YDP KE KIOSK LETAK KERETA

12 Jun 2020 (Jumaat) - YH Dato’ YDP turun padang ke kiosk Letak Kereta MPK meninjau pandangan pemilik kenderaan yang sedang beratur untuk membeli kupon letak kereta bulanan. Hasil temubual singkat Dato’ YDP, kebanyakan pemilik kenderaan menyatakan mereka tahu kadar caj petak 65 sen sejam (termasuk caj SST) adalah antara yang termurah berbanding Alor Setar 80 sen dan Kelang RM 1.00. Ada yang berpendapat adalah tidak adil kepada mereka sekiranya MPK tidak mengenakan kompaun kepada pemilik kenderaan yang tidak meletakkan kupon parking sedangkan mereka yang berusaha memiliki kupon tidak dapat meletakkan kenderaan disebabkan ianya telah di isi oleh yang tidak meletakkan kupon.

Terima kasih diucapkan kepada pengguna tempat letak kereta yang budiman.