MENU

21 November 2019 (Khamis)- Majlis Perbandaran Kuantan telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas kenderaan-kenderaan yang diletakkan di sepanjang jalan hadapan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Papan tanda bertulis notis “Tunda” telah dinaikkan pada awal bulan November 2019 yang lalu sebagai peringatan kepada pemilik kenderaan.
Kenderaan yang ditunda akan ditempatkan di Dataran Kuantan bersebelahan Kompleks Ibu Pejabat MPK. Pemilik kenderaan yang telah ditunda boleh menuntut semula kenderaan tersebut sebelum jam 5.00 petang pada hari yang sama dengan caj RM100.00 bagi setiap kesalahan dengan membawa bersama geran kenderaan atau laporan polis.

Setakat 22 November 2019 - sebanyak 150 notis telah dikeluarkan dan 10 kenderaan telah dialihkan.