MENU

11 Jun 2020 (Khamis) - YH Dato' YDP, Majlis Perbandaran Kuantan telah mengadakan satu sesi libat temu bersama wakil peniaga premis makanan bagi menjelaskan pembukaan perniagaan dengan waktu operasi dan SOP dalam tempoh PKPP.

Tempoh operasi semua premis dan aktiviti perniagaan termasuk premis menjual makanan kini bermula 7 pagi hingga 10 malam kecuali bagi sektor yang dibenarkan (perkhidmatan ‘essential’) mengikut kelulusan lesen perniagaan asal seperti stesen minyak, kilang dan klinik.

Semakan akan dibuat dari masa ke semasa oleh kerajaan negeri berpandukan tahap ancaman wabak pandemik COVID-19 di Pahang dan menurut keperluan semasa, termasuk aspek kepatuhan para peniaga terhadap garis panduan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang Kerajaan tetapkan. Para peniga yang hadir telah mememahami dan menyambut baik usaha dan komitmen kerajaan negeri dalam memutuskan rantaian pendamik Covid 19 ini.