MENU

26 Julai 2020 (Ahad) - Daerah Kuantan mempunyai beban Demam Denggi yang tinggi berbanding daerah lain. Sejumlah 1241 kes telah dilaporkan iaitu mewakili 70.4% Demam Denggi di negeri Pahang iaitu peningkatan sebanyak 145% berbanding tahun sebelumnya (506 kes tahun 2019).

Terdapat 92 lokaliti bermasalah / wabak Demam Denggi di negeri Pahang dengan peningkatan sebanyak 58.6% berbanding hanya 58 lokaliti bagi tempoh yang sama pada tahun 2019. Daerah Kuantan turut menyumbang kepada bilangan wabak tertinggi iaitu 77 kejadian wabak (83.7%). Terkini terdapat 22 lokaliti yang masih aktif wabak di negeri Pahang di mana 19 daripada jumlah tersebut adalah di daerah Kuantan termasuk 1 lokaliti di gugusan Sg. Isap.

Sehingga 18 Julai 2020, terdapat 6 kematian Demam Denggi dilaporkan berbanding hanya 4 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2019. Daripada 6 kematian tersebut, 4 kematian melibatkan kes denggi di daerah Kuantan.

Kebanyakan kes-kes deman denggi di daerah Kuantan tertumpu di kawasan gugusan Sg Isap di mana sebanyak 170 kes telah dilaporkan pada tahun ini bersamaan 14% daripada keseluruhan kes daerah Kuantan. Di gugusan Sg. Isap juga telah merekodkan sebanyak 16 kejadian wabak iaitu menyumbang sebanyak 20.8% kejadian wabak daerah Kuantan. Gugusan Sg Isap terus menjadi kawasan berisiko tinggi dan diberi keutamaan dalam aktiviti kawalan denggi di daerah Kuantan.

Bagi tempoh dari Januari 2020 hingga 18 Julai 2020, PKD Kuantan telah melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan kes demam denggi dengan melakukan semburan kabus ke atas 150,377 premis dan pemeriksaan pembiakan Aedes ke atas 148,707 premis di seluruh negeri Pahang. Sementara itu sebanyak 63,197 premis telah dibubuh abate bagi pemusnahan jentik-jentik. Aktiviti gotong royong turut dijalankan dan sehingga kini, sebanyak 85 aktiviti gotong-royong dicatatkan dengan kehadiran seramai 4500 penduduk.

#HapusAedesCegahDenggi