MENU

Kuantan - (16 Februari 2020) - Satu Gotong Royong bersepadu gempur aedes yang dihadiri ADUN Sg. Lembing, Dato' Suhaimi dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya denggi. 90 orang anggota Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) termasuk ahli Majlis Dato' Kapten (B) Umar Arbain dan Dato' Safariah, pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Kuatan, anggota Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan (SW Corp) dan Alam Flora beserta penduduk setempat telah menyertai program gotong royong ini.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini termasuk pembersihan sekitar perumahan, angkat dan buang barang lama, pendidikan pencegahan Denggi oleh Pejabat Kesihatan Daerah.