MENU

PRODUK PELANCONGAN BARU DI ZOO MINI TERUNTUM

Sebanyak 50 ekor ikan sumbangan Jabatan Perikanan Negeri Pahang yang terdiri daripada jenis Patin, Kerai Lampam, Lampam Sungai dan Lampam Jawa telah dilepaskan di kolam ikan Zoo Mini Teruntum pada pagi ini. Ia bukan sahaja akan menjadi tarikan baru buat pengunjung-pengunjung Zoo Mini Teruntum malahan pengunjung juga boleh melihat sendiri dengan lebih dekat serta berpeluang merasai pengalaman memberi makan kepada ikan-ikan berkenaan disamping mengenali spesis ikan-ikan air tawar tempatan.

Program kerjasama strategik ini telah diadakan diantara Majlis Perbandaran Kuantan dan Jabatan Perikanan Negeri Pahang. Turut hadir ke program ini adalah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Yh. Dato’ Hamdan bin Hussin dan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Pahang, Encik Abdullah bin Jaafar.

Jom, ke Zoo Mini Teruntum!

#SayangiKuantan #TempatMenarikDiKuantan #MyBeautifulKuantan #MyPrihatinKuantan