MENU

Majlis Perbandaran Kuantan bersama Tenaga Nasional Berhad dan Suruhanjaya Tenaga menyerbu premis yang diubah suai untuk menjalankan aktiviti perlombongan mata wang maya atau kripto dan beroperasi tanpa lesen selain disyaki mencuri bekalan elektrik.

Serbuan di salah satu premis kripto pada jam 9.00 pagi semalam dijalankan selepas risikan dibuat dan berjaya mengesan kegiatan mencuri bekalan elektrik dengan melakukan penyambungan haram berskala besar bagi menggerakkan puluhan mesin melombong yang bernilai ribuan ringgit di lokasi tersebut.

Penggunaan elektrik yang terlalu tinggi sehingga mencecah RM40,000.00 sebulan amat berbahaya kepada premis sekitarnya kerana bahang dari penggunaan elektrik tersebut mempunyai suhu yang tinggi. Kesemua mesin tersebut disita dan akan dilupuskan selepas 30 hari jika tiada sebarang tuntutan. Tindakan diambil mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sek 101(v).