MENU

PAHANG CATAT KES DENGGI TERTINGGI DI MALAYSIA; KUANTAN MENGUNGGULI KES DENGGI DI PAHANG.

Kuantan ( 7 Februari 2020) - Walaupun pelbagai pendekatan serta kempen seperti gotong royong, taklimat, libat urus, pembersihan dan sebagainya telah dusahakan, Kuantan mencatatkan daerah tertinggi kes Denggi di negeri Pahang. Setakat bulan Januari 2020 sahaja, sebanyak 234 kes denggi telah dicatatkan.

Terdapat 24 kawasan yang berdepan dengan kes denggi berulang iaitu:

4 kali wabak berulang:
1. Taman sg Isap Damai Fasa1.
2. Taman Sg Isap Perdana 2

3 kali wabak berulang
1. Tmn Balok Pine
2. Tmn Sg Isap jaya
3. Kg (f) Bkt Goh peringkat 2
4. Tmn Mahkota Idaman IM 14 fasa 1
5. Tmn Inderapura Fasa 1

2 kali wabak berulang
1. Tmn Bkt Rangin
2. Tmn Sg Isap Perdana
3. Tmn Cenderawasih Barat
4. Tmn Cenderawasih Timur
5. RRM Semambu Baru 1
6. Lokap berpusat IM
7. Tmn LKNP Bkt Setongkol- Barat
8. Kg Alor Ladang
9. Tmn Seri Beserah
10. Tmn Impianku Fasa 2
11. Kg Rumbia
12. Tmn Seri Mahkota Jaya-utara
13. Kg Darat sekolah
14. Tmn Balok Baru
15. Kuanters Polis Bkt pelindung
16. RRM Permatang Badak Baru
17. Tmn Bkt Goh Perdana

Ketika YAB Menteri Besar Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Denggi Negeri, pada 4 Februari 2020 yang lalu, beliau telah menegaskan sekiranya statistik ini tidak menunjukkan penurunan. Jawatankuasa Denggi perlu menggembleng Jabatan-jabatan dan agensi kerajaan negeri untuk mengambil tindakan yang lebih drastik termasuk mengenakan kompaun dan tindakan mahkamah kepada pemilik premis yang masih mengekalkan tahap kesedaran yang rendah dalam mengambil langkah-langkah pencegahan wabak denggi di dalam kawasan persekitaran premis masing-masing .

Ini bukanlah tujuan untuk membebankan orang ramai tetapi sebenarnya untuk menyelamatkan semua dari kes-kes yang boleh membawa maut ini.