MENU

KUANTAN (29 Disember 2019)- Satu Operasi Bersepadu di antara MPK, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah melakukan pemeriksaan kepada 15 premis perniagaan sekitar Pasar Besar Kuantan.

MPK telan menarik balik 3 lesen perniagaan beserta 12 kompaun telah dikeluarkan di dalam operasi tersebut. 3 Notis dikeluarkan dengan kesalahan langgar syarat lesen:

  1. Sebuah kedai runcit membuat aktiviti restoran - notis 7 hari untuk mengeluarkan semua barang- barang di dalam premis.
  2. Sebuah pasar mini membuat aktiviti memeliharan ayam dan lain-lain aktiviti yang tidak dibenarkan - notis 24 jam untuk membersihkan premis.
  3. Sebuah pasaraya telah memasang kanopi tanpa kelulusan / permit dan alamat lesen tidak sama dengan kelulusan asal.

Dalam operasi yang sama, Jabatan Imigresen telah berhasil membuat 17 tangkapan warga asing ; Jabatan Kastam telah membuat 3 tangkapan atas kesalahan rokok seludup. Manakala Jabatan Agama Islam telah membuat 5 tangkapan di Kedai Nombor Ramalan.