MENU

MPK BERI KELULUSAN BERNIAGA SERTA MERTA SEJAK JULAI

Dalam usaha membantu usahawan kecil yang terjejas pendapatan mereka PASCA Covid, MPK mengambil langkah proaktif sejak bulan Julai lalu dengan tidak menyulitkan urusan mendapatkan permit berniaga untuk warga Kuantan. Sejak 1 Julai 2020, 103 penjaja yang telah diberikan kebenaran berniaga dengan 1210 permit jaja serta merta dikeluarkan.

Anggota Penguatkuasa dari MPK bertindak sebagai ejen pemudah cara bertemu dengan peniaga dan mengeluarkan permit harian kepada penjaja.

Dengan cara ini peniaga tidak perlu hadir ke pejabat MPK untuk membuat permohonan dengan syarat tapak yang dipilih untuk menjalankan perniagaan itu sesuai dan tidak timbul kacau ganggu, tidak merbahaya dan menganggu lalulintas serta sekitar tapak jaja mesti sentiasa kekal bersih disamping kanopi jaja tidak ditinggalkan .

#MyPrihatinKuantan #SayangiKuantan