MENU

KUANTAN (28 Disember 2019) - YB Menteri Luar Negeri yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Dato' Saifudin bin Abdullah telah melawat ke Terminal Sentral Kuantan (TSK) bagi melihat sendiri kerja - kerja membaikpulih eskalator di terminal tersebut yang telah siap diselenggara melalui peruntukan Ahli Parlimen Indera Mahkota.

Kerja-kerja penggantian 'Step Chain Roller' bagi eskalator ini telah dijalankan bermula pada 10 September 2019 dan siap sepenuhnya pada 31 November yang lalu dan telah mendapat Sijil Keselamatan JKKP.