MENU

Lawatan tapak dan taklimat ringkas Projek Pembetungan Kuantan kepada YH. Dato Hamdan Bin Hussin ,YDP Majlis Perbandaran Kuantan bersama YB. En. Abd Rahim Bin Muda (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang), Tn Haji Muhammad Azha Bin Abd. Rani (Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kuantan) di hadapan Kompleks Berjaya Megamall. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Kontraktor Utama Jalur Cahaya Sdn Bhd dan Agensi Penyelarasan Korek Gali - Koridor Utiliti Pahang.

Antara isu-isu yang dibincangkan bersama Jalur Cahaya Sdn Bhd termasuklah :-

  1. Penambahbaikkan ke atas sistem keselamatan kerja di tapak bina terutama di pusat bandar seperti:
    1. Pematuhan kontraktor kepada Pelan Pengurusan Lalulintas (Traffic Management Plan, TMP )
    2. Keperluan penyediaan pengadang yang lebih praktikal dan memasang lampu untuk mencegah kenderaan atau kereta lain daripada lalu, semasa kerja itu dijalankan pada waktu malam. c. Keperluan Penyediaan seperti penunjuk arah dan lain-lain penunjuk keselamatan hendaklah lebih jelas dan diperbanyakan lagi.

MPK mencadangan supaya projek ini dijalankan secara 24 jam supaya dapat disiapkan lebih cepat di mana Kontraktor perlu membuat perancangan yang lebih teratur dengan mempergiatkan aktiviti kerja pada waktu malam di Pusat Bandar, manakala pada waktu siang terutama waktu kemuncak hendaklah dikawal atau dikurangkan dari segi aktiviti kerja bagi mengelakkan sebarang kesesakan lalulintas atau risiko kemalangan.

Pihak kontraktor juga disarankan memperbanyakkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi tujuan hebahan secara meluas kepada orang awam serta menghebahkan aktiviti-aktiviti pembinaan Projek Pembetungan Kuantan melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter supaya maklumat terkini aktiviti pembinaan ini sampai kepada orang ramai khususnya pengguna jalanraya.