MENU

YDP MPK mengiringi YB DS SUK dalam lawatan ke penempatan pekerja oleh majikan di beberapa lokasi di bandar Kuantan pagi tadi. Turut hadir Tuan OCPD dan JabatanTenaga Kerja .

Majikan-majikan dinasihati tidak menempatkan pekerja dalam keadaan sesak, tidak bersih, tiada kemudahan asas dan menimbulkan ancaman kesihatan pada orang awam dan pekerja sendiri. Majikan yang gagal menyediakan tempat tinggal yang sempurna boleh di ambil tindakan di bawah :-

1. Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pahang.

Kesalahan. Pelanggaran dibawah seksyen 24D(1). (Akta 446).Tindakan pendakwaan boleh diambil dibawah seksyen 24D(3) akta yg sama dan saman hadir kepada majikan untuk siasatan lanjut bagi kesalahan dibawah Akta Kerja 1955.

2. PBT boleh mengambil tindakan pada majikan dibawah kesalahan (yang terlibat dalam rumah pekerja) :-

  1. Seksyen 78 akta 171 rumah penuh sesak
  2. Seksyen 74 akta 171 rumah kotor
  3. Seksyen 79 akta 133 binaan dalaman tanpa kebenaran
  4. Seksyen 72 akta 133 binaan bangunan tanpa kebenaran.

Bersama- sama kita putuskan rantaian Covid19 dan pastikan bandar kita terus selamat, aktiviti perniagaan terus dpt berjalan dan kehidupan masyarakat terus berjalan seperti biasa.

Pastikan kita amalkan norma baru iaitu memakai pelitup hidung dan mulut, amalan penggunakan hand sanitizer, penjarakan 1 meter, pemeriksaan suhu badan, gunakan applikasi Mysejahtera setiap kali memasuki premis perjiagaan .

Jadilah majikan yang bertanggungjawab, bukan semata-mata keuntungan yang dicari akhirkan mengadaikan kesihatan orang ramai.

#KuantanBandarayaLestari #mybeautifulkuantan #SayangiKuantan