MENU

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menawarkan potongan bayaran kompaun parkir di Pusat membeli belah pada setiap hari Sabtu dan Ahad seperti ketetapan berikut:

Megamall 07 & 08.12.2019 - Sabtu & Ahad) : 10.00 pagi hingga 5.00 petang

Kuantan City Mall (KCM) 14 & 15.12.2019 - Sabtu & Ahad) : 10.00 pagi hingga 5.00 petang

Kuantan Parade (KP) (28 & 29.12.2019 - Sabtu & Ahad) : 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Syarat bagi diskaun itu ialah pesalah perlu membeli satu buku kupon jam pada harga RM6.35 dan layak mendapat diskaun RM5 setiap kompaun (hanya bayar RM5 setiap kompaun) untuk satu hingga lima kompaun.

Bagi mereka yang mempunyai enam hingga 10 kompaun pula, perlu membeli dua buku kupon untuk mendapatkan potongan RM5 setiap kompaun. (Hanya bayar RM5 setiap kompaun.)

Selain dari potongan bayaran kompaun, orang ramai juga boleh mendapatkan perkhidmatan :
1. Pembaharuan Lesen Premis Perniagaan, Permit Iklan dan Penjaja bagi Tahun 2020
2. Pembayaran Cukai Taksiran