MENU

Bermula 6 Januari 2020, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telak melaksanakan sistem i-Sekat, iaitu sekatan kepada individu atau syarikat yang mempunyai tunggakan yang tidak dijelaskan dengan MPK.

Nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran untuk mengesan individu atau syarikat di Kaunter Perkhidmatan , bagi individu yang mempunyai tunggakan.

Pemohon yang mempunyai sebarang tunggakan termasuk tunggakan cukai taksiran , sewaan dan kompaun pelbagai kesalahan, akan menghadapi risiko terhalang untuk mendapatkan perkhidmatan atau membuat sebarang urusan dengan MPK termasuk dalam urusan permohonan permit perniagaan atau penganjuran Bazar Ramadhan, pembelian dan pengemukaan dokumen tender dan penyewaan premis majlis. Sekatan tersebut hanya akan dibatalkan sehingga tunggakan tersebut jelaskan sepenuhnya.