MENU

Kuantan (14 Februari 2020)- Dua buah hotel berdekatan Pasar Besar di sini diarah tutup serta merta dan dikenakan kompaun kerana mengubahsuai dalaman bangunan dengan membina bilik-bilik kecil disyaki untuk kegiatan tidak bermoral. Hotel-hotel itu juga didapati beroperasi tanpa lesen dan ada bangunan kedai telah diubahusai tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Kuantan.

Pemilik salah sebuah hotel tersebut menyediakan bilik bilik kecil untuk sewaan dioercayai bagi kegiatan tidak bermoral. Hotel- hotel ini diarahkan membuat penutupan serta merta dan tindakan seterusnya akan dikenakan jika masih beroperasi di atas kesalahan tidak mempunyai lesen perniagaan dan tidak mempunyai kelulusaan pindaan bangunan. Arahan penutupan ini bertujuan keselamatan bagi mengelakkan bencana kebakaran akibat pendawaian yang menyalahi Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Selain pemeriksaan terhadap hotel tersebut, Ops Bersih semalam turut meninjau kebersihan 57 premis di Pasar Besar Kuantan dan kawasan sekitar. Dalam operasi itu, pelbagai kesalahan dan pelanggaran syarat oleh peniaga telah dikenal pasti dan dikenakan tindakan melibatkan 5 kompaun, 24 notis pelbagai kesalahan dan 12 premis menerima arahan tutup.

Antara kesalahan adalah seperti membina bangunan tambahan tanpa kebenaran MPK, kegagalan menjaga kebersihan premis perniagaan, tidak menyambung permit sepanduk, tidak mempamerkan tulisan Jawi pada papan tanda iklan dan tambahan aktiviti tanpa kelulusan.

Selain dari Pegawai dari Jabatan kawalan Perniagaan dan Pelesenan, Bahagian Bangunan dan anggota Penguatkuasa MPK, operasi yang dihadiri oleh Exco Kerajaaan Tempatan dan Perumahan dan Pengerusi Jawatankuasa Pelesenan MPK, Datuk Wan Solihin Wan Hassan turut disertai PDRM, SW Corp dan Alam Flora.

Operasi ini akan diadakan dari masa ke semasa bagi memastikan pengusaha perniagaan mematuhi syarat-syarat perniagaan dan menjaga kebersihan premis mereka.