MENU

Kuantan (16 Februari 2020) - Satu Gotong Royong bersepadu Cegah Denggi dilaksanakan bagi membersihkan kawasan persekitaran dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya denggi. 70 orang anggota Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) termasuk ahli Majlis Dato' Hasnol Hamidi dan Encik Fazilah, anggota Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan (SW Corp) dan Alam Flora, mahasiswa dari Universitas Islam Sumatera, Medan, Indonesia dan Jabatan Penjara (Parol) beserta penduduk setempat telah menyertai program gotong royong ini.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini termasuk, Pembersihan sekitar Kg tengah, semak samun, angkat dan buang barang lama, pemotongan rumput dan bersih rumah terbiar peninggalan lama serta pemangkasan pokok.