MENU

Kuantan 12 Jun 2020 - Ingkar arahan SOP premis makanan. Sebuah restoran di Jalan Tun Ismail diarah tutup oleh Pejabat Kesihatan Kuantan selama tujuh hari.

Bertindak atas maklumat awam, premis ini diserbu setelah risikan dibuat. Hasil daripada pemeriksaan mendapati pemilik gagal mengawal kehadiran pelanggan sehingga menimbulkan kesesakan. Manakala pelanggan tidak mengamalkan penjarakan sosial semasa menjamu selera.

Menurut Pegawai Kesihatan Persekitaran Ramli Alwi, premis ini diarah tutup di bawah Akta 342, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Beliau menasihatkan kepada pengusaha premis makanan supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan termasuk semua premis terutama dalam sektor peruncitan.

Menurut beliau lagi pemantauan dan pemeriksaan akan diteruskan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi memastikan orang ramai dan pemilik premis mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

* Sumber : Fb Unit Promosi Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan