MENU

Kuantan (9 Mac 2020) - MPK akan menjalankan proses saringan suhu badan terhadap semua pelanggan dan kakitangan yang berurusan / bertugas di bangunan ibu pejabat MPK sebagai usaha mencegah penularan COVID-19.

Proses saringan itu dilaksanakan di kaunter lobi ibu pejabat bermula 6 Mac lalu. Sehubungan itu, pelanggan, kakitangan yang menunjukkan sebarang gejala COVID-19 seperti batuk, demam dan sukar bernafas tidak akan dibenarkan memasuki premis dan dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan perubatan.