MENU

Majlis santai ini diadakan bagi tujuan mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan memupuk semangat kerjasama dalam mengubah persekitaran ke satu tahap yang memberikan kesan positif kepada semua pihak.

Kerjasama antara pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuantan yang memfokuskan kepada aktiviti pembersihan, pengindahan dan keceriaan kawasan mampu menjadikan Pinggiran Sungai Galing sebagai salah satu tempat rekreasi mahupun pusat pelancongan bagi Daerah Kuantan oleh Tourism Pahang.

Secara tidak langsung, ia turut berperanan membantu melonjakkan nama Daerah Kuantan kembali seperti satu masa dahulu dan menjadikan Kuantan sebuah bandar yang sihat, selamat dan sejahtera.

#SayangiKuantanUtamakanKebersihan