MENU

YH Dato’ YDP MPK turut serta dalam penyampaian sumbangan kepada 271 pemandu teksi di Daerah Kuantan yang terkesan akibat tularan Covid-19 di perkarangan Ibu Pejabat MPK.

Menerusi kaedah pandu lalu ini, pemandu teksi yang menerima bantuan tidak perlu turun daripada kenderaan mereka untuk mengambil bantuan yang diberikan. Pegawai dan kakitangan MPK yang akan membantu meletakkan barangan makanan berkenaan ke dalam kereta penerima.

Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban yang dihadapi terumanya yang terkesan secara langsung sumber pendapatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.