MENU

OPERASI SANITASI AWAM BERSEPADU BERMULA HARI INI

25 orang anggota barisan hadapan MPK bersama-sama Jabatan Bomba dan Penyelamat, SWCorp, Alam Flora Sdn. Bhd, Agensi Penyelamat Negeri Pahang, PDRM dan Jabatan Kesihatan Daerah Kuantan akan memulakan operasi pembersihan pembasmian kuman bagi menghalang penularan Covid-19 dengan tumpuan di tempat awam berisiko tinggi sepertimana yang dimaklumkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, melalui Kenyataan Media YB Menteri KPKT.

Operasi yang akan bermula pukul 8.30 pagi pada 30 Mac 2020 (Isnin), dimulakan dengan sesi taklimat di perkarangan Wisma Sri Pahang seterusnya kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di kawasan tersebut diikuti dengan kawasan Pasar Besar Kuantan, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan dan berakhir di Kompleks Tun Abdul Razak.

MPK akan menyediakan mesin spray dan `mist blower' beserta tenaga kerja dan siaraya, bahan nyah basmi disediakan oleh SWCorp manakala Alam Flora Sdn Bhd menyediakan 2 jentera bagi kerja-kerja disinfeksi manakala Jabatan Bomba dan Penyelamat akan melaksanakan kerja-kerja `discontimination' kepada semua anggota yang terlibat dengan kerja-kerja sanitasi.

Diharapkan Warga Kuantan dapat memberi kerjasama dan tidak berhimpun agar pelaksanaan kerja-kerja sanitasi awam ini dapat dijalankan dengan baik.