MENU

Kuantan (18 Februari 2020)- Majlis Perbandaran Kuantan telah terpilih oleh Kementeriaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan mewakili Negeri Pahang bagi mengendalikan program kempen premis makanan bersih. Tujuan utama kempen ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap kebersihan premis dan keselamatan makanan terutamanya medan selera di kawasan tumpuan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Program ini dirasmikan oleh YB Encik Ir. Razali bin Kassim, Ahli Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Selain dari itu, ia juga adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman di kalangan pengendali makanan dalam membudayakan amalan kebersihan dan keselamatan penyediaan makanan serta mewujudkan persaingan yang sihat untuk meningkatkan tahap kebersihan premis sehingga mencapai gred A, selain memberi pendedahan awal kepada PBT sebagai persediaan untuk Anugerah Premis Makanan Bersih Tumpuan Pelancong (APMBTP) bermula tahun 2020.

Terdapat 16 premis di gerai Taman Gelora telah terlibat dalam program ini. Pengauditan awal premis telah dibuat pada 5 November 2019 dan mendapati hanya dua buah premis sahaja mendapat gred A.

Walau bagaimanapun, komitmen peniaga yang tinggi dan juga usaha daripada pihak Majlis Perbandaran Kuantan dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan telah membuahkan hasil apabila 8 buah premis telah mendapat gred A pada 9 Disember 2019 dan rating terakhir yang dilakukan pada 5 Februari 2020 yang lalu selain sesi taklimat, lawatan kaunseling dan perbincangan kecil telah membantu untuk mendapatkan gred A di semua premis di Taman Gelora.

13 Gerai di Taman Gelora dipertandingkan untuk Gerai Terbersih dan pemenangnya ialah :

Gerai A
Johan - Pak Lah Rojak Dan Nasi Ayam
Naib Johan - Atan Silau Wangi

Gerai B
Johan - Pok D Family
Naib Johan - Zas Corner