MENU

Kuantan (14 Februari 2020) - Ops Bersepadu melibatkan 90 orang anggota penguatkuasaan dari Majlis Perbandaran Kuantan, Jabatan Imigresen dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan terhadap 24 buah premis perniagaan Restoran di sekitar Peramu, Tg Lumpur dan Kempadang malam tadi. Sepenajang operasi tersebut , 2 premis di arah tutup dan 2 premis menerima notis cuci bangunan. Turut hadir sama dalam operasi tersebut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Pengarah Imigresen Pahang dan Ahli Majlis MPK.

84 Kompaun dikeluarkan melibatkan kesalahan termasuk gagal memperbaharui lesen, pekerja tidak memeiliki kad kesihatan, membenarkan pekerja warga asing bekerja tanpa dokumen yang sah, tidak mempamerkan tulisan jawi di papan tanda perniagaan dan premis berkeadaan kotor. Di dalam operasi tersebut , tangkapan 4 orang warga Thailand ( 2 lelaki dan 2 wanita ) bekerja tanpa permit telah ditahan oleh Jabatan Emegresen dibawah kesalahan Perintah Emegresen 39(B).