MENU

KUANTAN, 27 November 2019– Majlis Perbandaran Kuantan telah mengadakan satu Operasi Roboh Bersepadu Siri ke 7 bagi tahun 2019 untuk meroboh papan iklan/papan tiada kelulusan , tidak berlesen atau telah tamat tempoh sepanjang Jalan Kuantan Pekan dan Jalan Gebeng.

89 papan iklan haram yang telah dirobohkan bagi operasi bersepadu kali ini menjadikan jumlah terkumpul bagi tahun 2019 sebanyak 689 struktur. Tindakan ini diambil adalah memastikan kekemasan dan keceriaan bandar Kuantan disamping mengelakkan kemalangan jalanraya akibat pandangan yang terhalang oleh papan-papan iklan ini.

Bagi mengelakan papan iklan yang dimiliki oleh para peniaga diambil tindakan, para peniaga hendaklah terlebih mendapatkan kelulusan pembinaan struktur papan iklan dari pihak Majlis.