PERISTIWA
Minggu Kesihatan MPK 2012 telah berlangsung selama 4 hari bermula dari 21/02/2012 hingga 24/02/2012 yang lepas. Majlis pelancaran program telah dirasmikan oleh YH. Dato' Haji Zulkifli Bin Haji Yaacob, DIMP., AAP., AMP. Objektif program adalah untuk memberi kesedaran dan maklumat kepada semua kakitangan mengenai penjagaan kesihatan. Sehubungan dengan itu, klinik kaunseling, seminar gaya hidup sihat, taklimat makanan sihat dan bersih serta senamrobik perdana telah diadakan.
Tiada peristiwa terbaru untuk dipaparkan buat masa ini.
Mendengar dan menyelami sendiri permasalahan penduduk setempat, itu yang telah menjadi amalan MPK sejak dahulu lagi. Sehubungan dengan itu, satu majlis dialog telah diadakan diantara MPK dan penduduk Jaya Gading. Antara isu utama yang dibincangkan ialah masalah gerai-gerai haram, sampah, longkang tersumbat, vandalisma dan lain-lain. Dialog ini telah di pengerusikan oleh Encik Mohamad Zainuddin bin Idris, Setiausaha MPK. Turut hadir ialah wakil daripada Alam Flora Sendirian Berhad.