Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |    Pilihan Warna Teks : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal   |  Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Putih Tukar Latarbelakang Kelabu Tukar Latarbelakang Hijau  
  Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 
 
 
 
 
 

Perhatian kepada kontraktor berdaftar dengan MPK untuk kerja-kerja awam, jalan dan elektrik

MPK telah membuat cabutan undi bagi kerja-kerja tersebut di atas mulai tahun 2008 dan sehingga kini ianya masih berkuatkuasa. Setiap pendaftaran kontraktor/pembekal dengan MPK bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut pada masa akan datang, didaftarkan secara automatik bagi giliran kerja undi berikutnya.

Sila klik di sini untuk melihat Senarai Keputusan Undian Kerja Elektrik 2012(Siri 3)

Sila klik di sini untuk melihat Senarai Keputusan Kerja Undi Jalan 2008.

Sila klik di sini untuk melihat Senarai Keputusan Kerja Undi Awam 2008.


Program Nite Zoo

Program Nite Zoo akan diadakan pada 12 Mei 2012 (Sabtu) jam 9.00 malam di Mini Zoo Taman Teruntum, Kuantan. Pelbagai persembahan menarik akan diadakan antaranya ialah Persembahan Silap Mata, Persembahan Tarian, Persembahan Nyanyian daripada Juara Bintang Kecil Pahang 2011, Cabutan Bertuah dan Persembahan Capoiera. Bayaran masuk adalah RM2.00 bagi dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak.


Bersantai Di Taman Gelora

Program Bersantai Di Taman Gelora, Kuantan akan diadakan pada 06 Mei 2012 (Ahad) jam 7.00 pagi. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah Sukan Tradisional, Permainan Tradisional dan Persembahan Kebudayaan. Orang ramai adalah dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut mengenai program tersebut, sila klik disini.


Sambutan Hari Pekerja 2012

Sambutan Hari Pekerja 2012 akan diadakan pada 01 Mei 2012 (Selasa) di Dewan Jubli Perak, Kuantan. Beberapa program anjuran CUEPACS  telah disediakan sempena majlis sambutan tersebut. Sila klik disini untuk maklumat lanjut mengenai program tersebut yang bermula dari 30 April 2012 (Isnin).


Program Hari Mesra Pelanggan MPK

Program Hari Mesra Pelanggan MPK akan diadakan pada 29 April 2012 (Ahad) jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi di Padang Permainan, Perumahan Satelit Jaya (PSJ), Sungai Karang Damai, Kuantan. Orang ramai adalah dijemput hadir bagi mengemukakan sebarang aduan, pandangan atau cadangan berhubung perkhidmatan majlis.


Paparan 1 - 5 dari 14 keputusan.
Halaman dari 3