PIAGAM PELANGGAN MPK

PEJABAT YANG DIPERTUA

Bahagian Pusat Setempat(OSC)

  • Memproses dan meluluskan permohonan pembangunan bagi permohonan secara serentak dibawah konsep Bina Kemudian Jual(BKJ), projek impak tinggi, projek pelaburan asing serta projek-projek kerajaan dalam tempoh 92 hari (3 Bulan 2 hari) dari tarikh permohonan didaftarkan.
  • Memproses dan meluluskan permohonan pembangunan bagi permohonan secara serentak di bawah konsep Jual Kemudian Beli(JKB) dalam tempoh 142 hari (4 bulan 12hari) dari tarikh permohonan didaftarkan

 

Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan

  • Menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan mengikut undang-undang dengan tegas, berhemah dan berkesan sepanjang masa.
  • Membuat semakan tunggakan kompaun dua kali seminggu.
  • Mengadakan kawalan keselamatan keatas bangunan-bangunan MPK pada setiap hari.

 

 Bahagian Perhubungan Awam dan Kemasyarakatan

  • Memastikan semua aduan diberikan maklumbalas dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • Memastikan proses tempahan dewan dan kemudahan sukan diuruskan 1 hari sebelum penggunaan.
  • Menyediakan peralatan perkhemahan di Pusat Rekreasi Air Baluk disediakan dalam tempoh 1 jam sebelum penggunaan.
  • Memastikan permohonan tempahan Kombo dan Briged Budaya diproses dalam tempoh 3 hari dari tarikh persembahan.

 

Bahagian Audit

  • Menjalankan audit pengurusan dan kewangan MPK secara profesional berpandukan kepada standard yang terima umum dalam tempoh 1 hingga 3 bulan.
  • Mengeluarkan laporan pemerhatian audit dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh pengauditan dibuat.
  • Memastikan pengauditan ISO9001:2008 dilaksanakan sekali setahun bagi Audit Luaran.

 

Bahagian Pesuruhjaya Bangunan

  • Memastikan Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body) diwujudkan di setiap kawasan pemajuan dalam tempoh 12 bulan daripada Sijil Layak Menduduki dikeluarkan.
  • Berjanji akan menyelesaikan semua aduan dan masalah berkaitan pengurusan dan penyenggaraan bangunan bertingkat dan bangunan yang dipecah bahagi dan dikeluarkan hakmilik strata.
  • Mempertingkatkan kerjasama bistari diantara agensi serta responsif terhadap keperluan pelanggan.
  • Menguatkuasakan pelaksanaan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) dalam tempoh yang ditetapkan.

 

<<Kembali ke Senarai Piagam Pelanggan Jabatan

 

KALENDAR KALENDAR

2 September 2014
I S R K J S A
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 1 2 3 4 5