Pilih Saiz : Kecilkankan Teks Kembali ke Saiz Asal Besarkan Teks   |   Pilihan Warna Teks : Set Semula    |  Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Putih Tukar Latarbelakang Kelabu Tukar Latarbelakang Hijau  
  Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 
 
   
 
 

PERUTUSAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN

 Y.H Dato’ Haji Zulkifli Bin Haji Yaacob
Y.H Dato’ Haji Zulkifli bin Haji Yaacob DIMP., AAP., AMP.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya kita masih dapat bersama bagi meneruskan usaha dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Sebagai pihak ketiga dalam sistem kerajaan, peranan sebuah pihak berkuasa tempatan tidak kurang pentingnya, lebih-lebih lagi di alaf 21 ini. Apa jua cabaran dan rintangan yang bakal ditempuhi, tidak mematahkan semangat kita untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Bermatlamatkan ”memimpin bandar Kuantan sebagai sebuah pusat pertumbuhan yang maju, bersih, indah, tersusun dan sejahtera”, MPK telah mengatur beberapa strategi dan membuat perancangan rapi agar Kuantan iaitu ibu negeri Pahang Darul Makmur akan terus membangun dan menjadi salah sebuah bandaraya yang maju menjelang tahun 2015.

Selaras dengan hasrat YAB. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak agar perkhidmatan yang diberikan oleh sektor awam adalah bertaraf dunia dan mengamalkan budaya kerja kelas pertama, MPK akan terus mengorak langkah membawa perubahan khususnya dari aspek pentadbiran, pengurusan teknologi maklumat dan pembangunan fizikal agar apa yang dihasratkan kerajaan dapat direalisasikan sebaiknya. Dengan terlancarnya Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER), masyarakat Kuantan khasnya dan Pahang amnya akan dapat meningkatkan taraf hidup masing-masing dan menikmati kehidupan yang lebih sejahtera.

Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih dan menyeru seluruh warga Kuantan agar terus memberi sokongan kepada MPK dan berganding bahu membangunkan Kuantan dengan slogan ’Kuantan Bandar Kita’. Kepentingan menjaga kebersihan, memelihara keindahan dan alam sekitar, serta mengekalkan perpaduan antara kita haruslah dititikberatkan.

Kepada semua yang berkunjung ke Kuantan, saya ucapkan SELAMAT DATANG. Nikmatilah keindahan bandar Kuantan....semuanya ada di Kuantan!

 
Sekian, terima kasih.

 
Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Kuantan