BAHAGIAN PENSWASTAAN
Latar Belakang
- Mula Ditubuhkan Pada 1990.
- Dikenali dengan nama urusetia penswastaan .
- Mulai 2002 sebagai unit penswastaan .
- 1 april 2009 dinaikkan taraf kepada bahagian penswastaan .
Objektif
Memastikan hartanah Majlis yang berpotensi dimajukan secara penswastaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada hasil cukai.
Piagam Pelanggan
Memastikan hartanah mpk dimajukan dan dapat mencapai matlamat untuk mempelbagaikan sumber hasil MPK serta matlamat-matlamat lain seperti yang ditetapkan .
Matlamat
Menambahkan hasil Majlis dari segi aliran tunai dan pengurangan pergantungan ke atas hasil cukai . Ini selari dengan perlaksanaan Dasar Penswastaan Negara 1985 yang antara lainnya bertujuan :- .
- Mengurangkan bebanan kewangan dan pentadbiran ke atas sesuatu projek mahupun produk Majlis.
- Meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
- Menggalakkan pertumbuhan ekonomi terutama aktiviti perniagaan innovatif yang memberi peluang kepada peniaga kecil dan usahawan Bumiputera.
- Mengurangkan saiz dan peranan sektor awam dalam ekonomi.
- Membantu dalam mencapai sasaran polisi ekonomi negara .
Fungsi
- Merancang dan menentukan projek/aktiviti yang mampu mendatangkan dan meningkatkan hasil dan pendapatan Majlis dengan mengenalpasti serta mengkaji daya maju projek/aktiviti terlibat dalam pelaburan hartanah Majlis .
- Membuat pelawaan dan tawaran projek/aktiviti yang berpotensi dimajukan secara penswastaan termasuklah pematuhan prosedur pemajuan projek/aktiviti.
- Memantau dan menyelaras tindakan berkaitan kerja-kerja di peringkat pelaksanaan projek pembangunan/aktiviti dan juga di peringkat ‘post’ pelaksanaan bagi memastikan projek/aktiviti berkenaan berjaya disempurnakan .
- Melaksanakan urusan berkaitan pengurusan pentadbiran pejabat, menyediakan laporan kemajuan projek, kertas kerja, penyimpanan dokumen-dokumen dan bertindak selaku urusetia bagi mesyuarat yang berkaitan projek penswastaan Majlis (samada diperingkat Jawatankuasa atau Pentadbiran) serta proses rundingan dengan pihak swasta yang berminat.
Aktiviti Utama
- Projek Pembangunan hartanah yang terdiri daripada:-
- Projek yang dibangunkan melalui pembiayaan dana, rekabentuk dan pembinaan oleh pemaju. Contoh : projek usahasaman.
- Projek yang terlibat urusan tanah yang berupaya didaftarkan dalam sistem pentadbiran tanah. Contoh : usahasama dan pajakan.
- Projek yang memberikan pulangan pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang. Contoh : pajakan, sewaan, BOT, BTO dan lain-lain.
- Projek pembangunan semula bangunan dan kemudahan sediada MPK yang berpotensi memberikan pulangan dan hasil kepada MPK bagi jangkamasa pendek dan sederhana. Contoh projek : Restoran McDonald’s dan lain-lain.
- Memberi hak kepada pihak swasta menyedia dan menguruskan projek pembangunan bagi pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan rekreasi MPK untuk jangkamasa panjang dan bermekanisma besar.
- Projek pembelian hartanah yang strategik dan berpotensi terutamanya premis-premis perniagaan yang dikhaskan untuk Bumiputera.
Produk Utama
- Pembangunan hartanah secara usahasama dengan pihak swasta.
- Pelaburan ke atas pembangunan hartanah/bangunan secara pembiayaan dana dalaman mahupun pinjaman daripada institusi kewangan ataupun agensi pembiaya.
- Pembangunan semula tanah/bangunan dan kemudahan untuk sewaan dan pajakan.
- Pengurusan pelbagai aktiviti masyarakat dan rekreasi yang bermekanisma besar untuk jangkamasa panjang.
- Pembelian hartanah perniagaan dan perindustrian terutama untuk Bumiputera.
Kaedah Pelawaan
- Pelawaan secara tender terbuka .
- Pelawaan secara terpilih.
- Pelawaan secara rundingan terus.
Carta Fungsi Penswastaan
| Bahagian Penswastaan |
| Unit Penyelarasan Pembangunan | Unit Pemantauan Pembangunan |
- Mengenalpasti dan mengkaji daya maju projek-projek pembangunan tanah yang berpotensi untuk dimajukan secara penswastaan khususnya yang melibatkan aspek fizikal tapak, syarat tanah dan perancangan, serta daya maju ekonomi projek.
- Menggerakkan proses tawaran projek-projek penswastaan pembangunan tanah termasuk pelawaan kepada pemaju, semakan kelayakan pemaju, penilaian cadangan pembangunan, daya maju projek, pulangan pelaburan Majlis, syarat tawaran dan kesempurnaan perjanjian
- Mengenalpasti dan melaksanakan pembelian hartanah perniagaan dan perindustrian yang berpotensi dan strategik terutama ang dikhaskan untuk Bumiputra
- Menjalankan tugas-tugas urusetia penswastaan pembangunan tanah termasuk urusan mesyuarat, laporan perkembangan projek, penyimpan dokumen-dokumen, rundingan dan lain-lain tugasan yang diberikan dari masa ke semasa
| - Menyemak pematuhan syarat-syarat awalan pembangunan termasuk penyediaan pelan pemajuan, kelulusan pihak berkuasa, pembiayaan projek, perlantikan juruunding, penjadualan pembianaan, kualiti harta tanah yang dirancangkan dan lain-lain
- Memantau di peringkat perlaksanaan projek bangi menjamin kesempurnaan harta tanah yang dimajukan, pulangan pelaburan Majlis dan membantu menyelesaikan masalah yang melibatkan aspek-aspek kualiti projek, penggunaan dana pembangunan dan pematuhan pembinaan
- Memperakukan kesempurnaan proses pos pembinaan termasuk penyerahan pulangan pelabuhan Majlis, penutupan akaun, pendaftaran hakmilik tanah, milik strata, pengurusan bangunan dan lain-lainya bagi memastikan kedua-dua pihak telah mematuhi syarat perjanjian
|