BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN

MATLAMAT BAHAGIAN

Meningkatkan tahap kualiti kebersihan bandar Kuantan melalui fungsi kesihatan persekitaran yang cekap dan efisien menjurus kepada aspirasi, menjadikan Kuantan Bandar Bersih, Indah dan Sejahtera.

OBJEKTIF  UMUM

Meningkatkan aktiviti-aktiviti kesihatan persekitaran bagi mewujudkan bandar bersih dan kualiti kehidupan yang sihat dan sejahtera kepada warga Kuantan. 

OBJEKTIF KHUSUS

  1. Mencegah kejadian penyakit berjangkit melalui aktiviti kawalan vektor, rodensia dan lain-lain penyakit berjangkit.
  2. Mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat melalui aktiviti pengurusan sisa pepejal yang baik dan berkesan.
  3. Menjalankan kerja kesihatan awam dengan memastikan penyediaan pelan-pelan bangunan mematuhi aspek-aspek kesihatan dan kawalan kebersihan semasa dalam pembinaan.
  4. Meningkatkan kualiti kebersihan premis makanan melalui aktiviti penguatkuasaan dan promosi kesihatan.
  5. Memelihara alam sekitar dengan menjalankan program peningkatan kitar semula dan kempen kesedaran masyarakat serta pelajar-pelajar sekolah.
  6. Mewujudkan kebersihan kemudahan tandas awam yang baik, bersih dan berkualiti.
  7. Menyelaras aktiviti perkhidmatan perbandaran dan persekitaran di pejabat-pejabat cawangan di Gambang, Gebeng dan Sungai Lembing.
  8. Menyelaras dan melaksanakan aktiviti kesihatan pekerjaan sebagaimana tertakluk di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
  9. Meningkatkan aktiviti promosi kesihatan persekitaran dan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.

 

LATARBELAKANG  BAHAGIAN

Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran mula diwujudkan pada 1 Julai 2011. Sebelum ini ianya dikenali sebagai Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Persekitaran yang terletak di bawah Jabatan Kawalan Perniagaan dan Kesihatan. Penstrukturan baru telah membahagikan jabatan ini kepada 2 bahagian iaitu Bahagian Kesihatan Persekitaran dan Bahagian Perkhidmatan Perbandaran. Bahagian Kesihatan Persekitaran berperanan dalam memberikan perkhidmatan berupa operasi meningkatkan kualiti kebersihan dan kesihatan awam. Manakala Bahagian Perkhidmatan Perbandaran adalah berperanan menyediakan kemudahan-kemudahan awam kepada orang ramai seperti sewaan dewan, padang dan lain-lain kemudahan. 
         

TUGAS DAN FUNGSI

UNIT KAWALAN PENYAKIT DAN KESIHATAN PEKERJAAN

  1. Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
  2. Menyiasat dan menyediakan laporan kes kemalangan kepada DOSH.
  3. Pemantauan aktiviti keselamatan  dan kesihatan pekerjaan.
  4. Menyediakan latihan kepada warga kerja.
  5. Mengadakan promosi kesihatan kepada warga kerja.
  6. Pengurusan bencana di MPK.

           
UNIT VEKTOR DAN RODENSIA

  1. Bertanggungjawab mengatasi masalah yang berkaitan dengan kacau ganggu kesihatan.
  2. Bertanggungjawab melaksanakan program pencegahan ke atas penyakit bawaan vektor.
  3. Bertanggungjawab mengadakan satu sistem kawalan vektor yang bermutu dan berdaya maju.
  4. Menyelaras aktiviti pembersihan kawasan kes/wabak.
  5. Bertanggungjawab mengedar maklumat/pendidikan kesihatan di lokasi kerja.
  6. Melaksanakan tugas-tugas segera yang diarahkan oleh pihak Majlis.

 

UNIT TINDAKAN KHAS

  1. Membantu memberi perkhidmatan segera dalam operasi menyelamat dan kecemasan bencana alam seperti banjir/kebakaran.
  2. Membantu memberi perkhidmatan awalan kepada insiden-insiden tertentu seperti tanah runtuh dan pokok tumbang.
  3. Melaksanakan tugas-tugas segera yang diarahkan oleh pihak majlis.
  4. Menjalankan kerja kawalan serangga berbisa seperti tebuan dan lebah di kawasan-kawasan awam.

 

UNIT KAWAL SELIA

  1. Mengawal selia kerja-kerja harian pihak Alam Flora Sdn. Bhd. dan kontraktor-kontraktor pembersihan yang dilantik pihak Majlis.
  2. Menyediakan laporan prestasi bulanan dan dokumen pembayaran kepada Alam Flora Sdn. Bhd dan kontraktor pembersihan yang dilantik oleh MPK.
  3. Menjalankan pemeriksaan dan mengambil tindakan ke atas aduan-aduan awam.
  4. Menjalankan pemeriksaan tapak/premis/rumah bagi menguatkuasakan peraturan-peraturan di dalam Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MPK (1983) pindaan 2007.
  5. Mengadakan lawatan bersama dengan pihak konsortium/kontraktor untuk menambahbaik perkhidmatan pembersihan.

 

UNIT KAWALAN MUTU MAKANAN

  1. Menjalankan pemeriksaan pengauditan untuk penggredan/penarafan bintang premis makanan.
  2. Mengambil dan menghantar sampel makanan untuk tujuan analisis mikrobiologi, kimia dan fizikal ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan mengikut jadual yang ditetapkan.
  3. Merancang serta melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan mengikut keutamaan kepada  kumpulan sasaran kepada pengusaha dan pengendali makanan.
  4. Menjalankan pemeriksaan bagi menaiktaraf kebersihan premis makanan kepada markah minima yang dikehendaki iatu 70% untuk setiap premis makanan.
  5. Menggantung lesen mana-mana premis makanan yang tidak mencapai penilaian kebersihan 70% atau penarafan 3 bintang ke atas sehingga 14 hari   atau sehingga premis dibersihkan.
  6. Menjalankan pemeriksaan ke atas makanan yang diproses di kilang    dan untuk jualan supaya mematuhi peruntukan di bawah Akta   Makanan 1983.

 

UNIT KITAR SEMULA

  1. Memastikan kutipan bahan kitar semula di semua lokasi dilaksakanakan mengikut jadual.
  2. Memastikan jualan dan pembelian bahan kitar semula hendaklah mengikut harga pasaran.
  3. Membuat jualan dan pembelian bahan kitar semula daripada individu /organisasi//MPK dan kilang-kilang.
  4. Memastikan bahan kitar semula diasingkan mengikut jenis kriteria yang telah ditetapkan.
  5. Mempromosi kempen kitar semula di sekolah-sekolah, pesta-pesta, karnival dan kepada masyarakat.
  6. Memastikan operasi bersepadu dengan jabatan luaran @ dalaman MPK.
  7. Menghantar bahan-bahan kitar semula yang sudah dikumpul ke kilang memproses bahan kitar semula.

 

UNIT FASILITI KEBERSIHAN

  1. Merancang dan melaksanakan program peningkatan kebersihan dan kualiti tandas-tandas awam, pasaraya, sekolah, premis makanan, stesen minyak dan pusat membeli belah.
  2. Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan dan penyeliaan kebersihan tandas-tandas awam setiap masa.
  3. Melaksanakan program pengauditan kebersihan tandas awam kepada masyarakat dan pelajar sekolah.
  4. Melaksanakan program pengauditan kebersihan tandas awam setiap 6 bulan (2 kali setahun) bagi memastikan kualiti kebersihan tandas awam.
  5. Menaiktaraf kemudahan tandas awam majlis bagi mencapai piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

 

UNIT PROMOSI

  1. Merancang dan melaksanakan program promosi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan warga majlis dan orang awam.
  2. Bertanggungjawab menyediakan risalah-risalah, akhbar, bunting dan sebagainya untuk pendidikan kesihatan.
  3. Melaksanakan program-program pendidikan dari segi kebersihan kepada penduduk setempat, sekolah-sekolah, peniaga-peniaga samada restoran, gerai dan penjaja.
  4. Menjalankan kajian pengetahuan, amalan dan sikap orangrama terhadap kebersihan dan kesihatan serta membuat penilaian dan penambahbaikan perkhidmatan.
  5. Membantu semua bahagian atau unit dalam menjayakan kempen dan program yang berkaitan dengan kesihatan, keselamatan dan kebersihan.   

 

 

KALENDAR KALENDAR

25 Oktober 2014
I S R K J S A
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2