Bahagian Pembasmi Kemiskinan
Piagam Pelanggan
Memastikan penyaluran peruntukan bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) daripada Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) disalurkan kepada golongan yang disasarkan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan peruntukan.
Motto
Kemiskinan Bukan Untuk Diwarisi
Visi
Mewujudkan masyarakat di Daerah Kuantan yang bebas daripada insiden kemiskinan melalui peningkatan pendapatan seisi rumah serta melepasi Pendapatan Garis Kemiskinan melebihi RM1,000.00 sebulan.
Misi
Membantu meningkatkan pendapatan seisi rumah golongan miskin di Daerah Kuantan melalui penyaluran bantuan,program-program Bina Keupayaan Diri ( Capacity Building ) serta kursus / latihan pembelajaran sepanjang hayat dan bantuan peralatan projek keusahawanan.
Fungsi
- Menyelaras pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB ) di bawah Kementerian Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar. (KWPKB )
- Menyelaras penyaluran peruntukan bantuan yang diterima daripada pihak Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan ( NGO ’ s ) untuk disampaikan kepada peserta miskin tegar serta miskin senarai ’E-Kasih’ di Daerah Kuantan :
- Bantuan sewa rumah ( bulan Mac setiap tahun )
- Bantuan Amanah Saham Wawasan (dividen ASW Bandar setiap bulan September )
- Bantuan dialisis pesakit buah pinggang (setiap 2 bulan)
- Bantuan peralatan perniagaan seperti berniaga di tapak jaja/kiosk, mesin jahit dan lain-lain (setahun sekali )
- Bantuan baik pulih rumah (2011)
- Bantuan bina baru rumah (2011)
- Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan serta melaksanakan program-program membina keupayaan diri (Capacity Building ) seperti Seminar Kemahiran Hidup atau Kursus/Latihan Pembelajaran Sepanjang Hayat agar dapat membantu memotivasikan peserta senarai ’E – K asih’ untuk meningkatkan pendapatan seisi rumah serta keluar daripada belenggu kemiskinan.
- Mengenal pasti rakyat termiskin melalui lawatan pemantauan tempat tinggal (setiap 6 bulan)
- Membantu pendaftaran dan mengemaskini rekod senarai ’E-Kasih ’
- Menyediakan laporan tahunan kajian keberkesanan PPKB
- Membuat kajian kawasan setinggan di dalam kawasan pentadbiran Majlis
- Lain- lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Latar Belakang Bahagian
Bahagian Pembasmian Kemiskinan diwujudkan pada 1 Jun 2011, bagi menyelaras pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di bawah peruntukan Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB).
Penyaluran peruntukan adalah untuk membantu golongan miskin tegar, miskin serta mudah miskin melalui senarai 'E - Kasih' Pembasmian Kemiskinan Daerah Kuantan yang telah dilaksanakan mulai 1 Januari 2010.
Peruntukan bantuan terdiri daripada Bantuan Sewa Rumah, Bantuan Amanah Saham Wawasan, (ASW Bandar) Bantuan Dialisis Pesakit Buah Pinggang , Bantuan Peralatan Perniagaan, Bantuan Baik Pulih Rumah serta Bantuan Bina Baru Rumah golongan miskin di daerah Kuantan yang berpendapatan di bawah RM1,000.00. Ketua isi rumah boleh mendaftar melalui pendaftaran 'E - Kasih' melalui Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan atau melalui Penghulu Mukim masing-masing.