Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |    Pilihan Warna Teks : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal   |  Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Putih Tukar Latarbelakang Kelabu Tukar Latarbelakang Hijau  
  Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 
 
 
 
 
 

BAHAGIAN MEKANIKAL DAN PENGANGKUTAN

MATLAMAT
Mengurus dan menyelenggara kenderaan / jentera, alat hawa dingin dan mesin kecil majlis supaya berada dalam keadaan baik bagi kemudahan kakitangan majlis untuk memberi perkhidmatan kepada warga kuantan.

OBJEKTIF

  • Memastikan sekurang-kurangnya 90 % daripada pembaikan kerosakan kenderaan / jentera bulanan disiapkan dalam tempoh 10 hari bekerja .
  • Memastikan 90 % daripada pembaikan kerosakan mesin kecil disiapkan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas menerima laporan kerosakan.
  • Memastikan 90 % daripada jumlah kenderaan / jentera majlis yang disenaraikan dalam jadual servis akan diuruskan dalam tempoh sebulan.
  • Memastikan 90 % daripada pembaikan kerosakan Alat Hawa Dingin disiapkan dalam tempoh 1hari bekerja selepas menerima laporan kerosakan.
  • Memastikan 95 % daripada jumlah Alat Hawa Dingin majlis yang disenaraikan dalam jadual servis akan diuruskan dalam tempoh sebulan.
  • Memastikan 95 % daripada jumlah tempahan kenderaan dalaman sebulan akan diuruskan dalam tempoh 8 jam dari tarikh permohonan.
  • Memastikan 95 % daripada jumlah tempahan kenderaan keluar daerah sebulan akan diuruskan dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan.


PIAGAM PELANGGAN

  • Memastikan setiap aduan kerosakan sistem hawa dingin diperiksa dan dibuat pengesahan kerosakan dalam tempoh 1 jam selepas aduan diterima.
  • Menguruskan permohonan kenderaan keluar daerah dalam tempoh 3 hari selepas permohonan diterima.
  • Memastikan setiap aduan kerosakan kenderaan / jentera (BP 7) yang diterima diperiksa dan dibuat pengesahan kerosakan dalam tempoh 30 minit setelah aduan diterima.
  • Memastikan setiap aduan kerosakan mesin kecil yang diterima diperiksa dan dibuat pengesahan kerosakan dalam tempoh 15 minit selepas aduan diterima.

 

FUNGSI
 

1.     UNIT BENGKEL

  • Menyelenggara semua jenis kenderaan / jentera berat / ringan yang terlibat dengan kerosakan, servis, penukaran tayar, balancing & aligment dan upgrade kenderaan.
  • Menyelenggara semua jenis mesin kecil dan motosikal majlis.
  • Menyelenggara semua jenis pump dan peralatan mekanikal.
  • Menyelenggara rekod-rekod penyelenggaraan kenderaan / jentera dan mesin kecil majlis.


2.     UNIT HAWA DINGIN

  • Menyelenggara semua jenis Alat Hawa Dingin milik majlis meliputi sistem berpusat, Package Unit dan Split Unit.
  • Membuat pemeriksaan dan kerja servis secara berjadual keatas semua jenis Alat Hawa Dingin milik majlis.

  

3.     UNIT PENGANGKUTAN


Memberi khidmat pengangkutan / penggunaan kenderaan / jentera kepada majlis dalam urusan harian seperti :-

  • Pengangkutan bahan / peralatan kerja
  • Pengangkutan pekerja (dalaman dan luar daerah)
  • Pengangkutan penyiraman
  • Pemotongan rumput padang
  • Operasi bersama jabatan lain seperti meroboh,pemangkasan pokok, pembersihan jalan dan lain- lain kerja yang perlu penyelarasan bersama.