Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |    Pilihan Warna Teks : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal   |  Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Putih Tukar Latarbelakang Kelabu Tukar Latarbelakang Hijau  
  Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 
 
 
 
 
 

BAHAGIAN PROJEK

MATLAMAT

Memastikan perlaksanaan projek menepati kehendak 'stake holder' dan mempunyai kualiti yang tinggi.

 

OBJEKTIF

100% perlaksanaan fizikal disiapkan dalam tempoh kontrak yang dibenarkan.

  1. Lukisan kerja hendaklah disiapkan dalam tempoh 1 bulan bagi kerja-kerja sebutharga dan 3 bulan bagi kerja-kerja tender dari tarikh kelulusan pelan rekabentuk awalan bagi projek yang telah mendapatkan kelulusan peruntukan kewangan.

 

PIAGAM

  1. Memastikan senarai harga tawaran yang dikemukakan oleh kontraktor dipamerkan di papan kenyataan 2 hari selepas tarikh ditutup.
  2. Memastikan surat setuju terima kontrak dikeluarkan dalam tempoh 2 hari bagi kerja kontrak selepas keputusan jawatankuasa pemilihan diperolehi. 

 

FUNGSI

1. UNIT PENGESANAN DAN PENGAWASAN

  • Menyediakan permohonan peruntukan tahun bagi projek-projek pembangunan peruntukan MPK, Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan lain-lain sumber kewangan.
  • Merancang dan menyelaraskan projek-projek yang hendak dilaksanakan.
  • Menyediakan laporan prestasi kerja untuk dihantar kepada jabatan terlibat.
  • Mengawasi projek-projek yang dilaksanakan.
  • Unit Rekabentuk Awam bagi projek infrastruktur dan struktur bangunan.


2. UNIT KONTRAK

  • Menyediakan dokumen-dokumen tawaran kerja tender, sebutharga dan inden.
  • Menyediakan iklan tawaran, lawatan tapak, penjualan naskah tawaran, penutupan peti tawaran.
  • Menyediakan kertas kerja penilaian bagi pemilihan kontraktor.
  • Menilai dan menyediakan bayaran kemajuan dan Perakuan Bayaran Muktamad kepada kontraktor.
  • Mengeluarkan notis kontrak.


3. UNIT REKABENTUK BANGUNAN

  • Menyediakan rekabentuk awalan senibina.
  • Menyediakan lukisan kerja senibina.
  • Mengadakan mesyuarat 'Design Brief'.
  • Lawatan tapak dan kerja-kerja ukur.
  • Percetakan pelan-pelan lukisan kerja dan konsep.
  • Mewarnakan pelan-pelan lukisan untuk tender dan sebutharga.
  • Melipat pelan-pelan dan dokumentasi dokumen-dokumen kontrak.
  • Mengemaskini dan selenggara bilik pelan dan cetak.


4. UNIT REKABENTUK AWAM

  • Menyediakan rekabentuk bagi tujuan memohon peruntukan.
  • Menyediakan rekabentuk awalan bagi persetujuan Ketua Bahagian/Pengarah/YDP.
  • Mengumpul maklumat bagi memastikan sesuatu rekabentuk yang dihasilkan memnuhi kehendak pelanggan.
  • Menyediakan perancangan rekabentuk awalan untuk persetujuan Jabatan-Jabatan pengguna dalaman.
  • Menyediakan lukisan kerja awam.


5. PROSES MENYERTAI TENDER / SEBUTHARGA

  • TAWARAN KERJA

1. Tender

Tawaran untuk tender akan diiklankan di dalam akhbar tempatan biasanya pada setiap Isnin dan Khamis.

2. Sebutharga

Tawaran untuk sebutharga akan dipamerkan diruang kerja kenyataan jabatan, laman web MPK dan lain-lain jabatan yang berkaitan.

3. Keperluan Penyertaan

  • Untuk menyertai tawaran tender/sebutharga MPK, adalah perlu:-
  • Menyemak kelayakan pendaftaran ada (sila lihat kategori kelayakan pendaftaran di bawah)
  • Menghadiri lawatan tapak projek
  • Menghadiri perjumpaan di pejabat kami sebelum membuat lawatan ke tapak projek
  • Membeli dokumen tawaran tender/sebutharga


4. Kelayakan Pendaftaran

Kelayakan pendaftaran untuk kerja-kerja bangunan dan awam adalah bergantung kepada klasifikasi kelas-kelas had kewangan berikut:-
 

Kelas

 

Kelayakan (RM)

A

 

15,000,001 ke atas

B

 

2,000,001 - 5,000,000

C

 

2,000,001 - 5,000,000

D

 

500,001 - 2,000,000

E

 

200,001 - 500,000

F

 

200,000 ke bawah

 

5. Proses Memasuki Tender/Sebutharga

Sekiranya anda layak, anda perlu mengambil langkah-langkah berikut:-

Langkah 1 :

Hadir di pejabat Bahagian Projek kami untuk menyerahkan dokumen-dokumen dan bayaran berikut:-

  • Sijil Pendaftaran Khidmat Kontraktor (PKK) (sijil asal dan salinannya)
  • Sijil Pengiktirafan Bumiputera (sijil asal dan salinannya)
  • Sijil Lembaga Pembangunan Malaysia (CIDB) (sijil asal dan salinannya)
  • Berdaftar dengan Majlis Perbandaran Kuantan (sijil asal dan salinannya)
  • Bayaran untuk dokumen tawaran (tunai, wang pos, kiriman wang, bank draf dan lain-lain)


Langkah 2 :

Mengisi Borang K : 15 yang boleh didapati dikaunter atau daripada Pembantu Tadbir (P/O) yang bertugas.


Langkah 3 :

Menyerahkan borang yang telah siap diisi kepada Pembantu Tadbir untuk semakan dan penyediaan borang bagi pengeluaran resit.


Langkah 4 :

Membuat bayaran borang resit yang disediakan oleh Pembantu Tadbir (P/O) di Jabatan Perbendaharaan. Masa-masa untuk membuat bayaran adalah seperti berikut:-

 

Isnin - Khamis

 

8.00 pagi - 12.30 tengahari dan

 

 

2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat

 

8.00 pagi - 12.30 tengahari dan

 

 

2.45 petang - 5 petang

 

Langkah 5 :

Mengembalikan resit bayaran yang telah disempurnakan kepada Bahagian Projek untuk mendapatkan dokumen tawaran.


6. Untuk Mereka Yang Tidak Layak

Jika anda didapati tidak layak, sila semak kelayakan yang diperlukan samada ianya boleh diberi kelulusan oleh PKK. Jika boleh, anda boleh membuat permohonan kepada PKK. Setelah kelulusan PKK diperolehi, maka proses yang dinyatakan sebelum ini bolehlah digunakan.


7. Peringatan

Sila semak segala pelan dan dokumen yang dibekalkan kepada anda dan pastikan ianya mencukupi sebelum meninggalkan kaunter bayaran.


8. Penghantaran Dokumen

Masukkan semua dokumen tender/sebutharga yang telah diisi ke dalam sampul surat yang disediakan, tutup dengan kemas dan hantarkannya kepada alamat dibawah.


9. Penting

Dokumen mestilah diterima oleh pejabat kami sebelum jam 12.00 tengahari pada hari tawaran ditutup.

 

10. Tempoh Memproses

Tempoh memproses dokumen adalah seperti berikut:-

Mengendalikan Mesyuarat Pemilihan - 1 hari
Mengendalikan Mesyuarat Pemilihan - 14 hari
Menghantar Surat Tawaran - 1 hari


11. Pengumum Keputusan

Keputusan tawaran yang berjaya biasanya diketahui dalam masa 90 hari bagi tender dan 30 hari bagi sebutharga.