Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |    Pilihan Warna Teks : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal   |  Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Putih Tukar Latarbelakang Kelabu Tukar Latarbelakang Hijau  
  Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 
 
 
 
 
 

BAHAGIAN PENYELENGGARAAN

MATLAMAT

  • Bersama mewujudkan kemudahan awam dan infrastruktur yang terbaik bagi menjamin kehidupan selesa kepada warga Kuantan.

 

OBJEKTIF

  • Penyelenggaraan sistem perparitan dilaksanakan 60% daripada aduan kerosakan sistem perparitan yang diterima sebulan.
  • Penyelenggaraan bangunan dilaksanakan 80% daripada aduan kerosakan bangunan yang diterima sebulan.
  • Penyelenggaraan kemudahan awam dilaksanakan 60% daripada aduan kerosakan aduan awam yang diterima.
  • Pemeriksaan/penyelenggaraan berkala 34 persimpangan lampu isyarat sekali sebulan.
  • Memastikan setiap aduan kerosakan lampu isyarat diambil tindakan dalam tempoh 3 jam selepas diterima.

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Memastikan setiap aduan kerosakan lampu isyarat diambil tindakan dalam tempoh 3 jam selepas aduan diterima.
  • Memastikan pemeriksaan/penyelenggaraan berkala 34 persimpangan lampu isyarat sekali sebulan.
  • Memastikan penyelenggaraan sistem perparitan dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan daripada aduan kerosakan yang diterima.
  • Memastikan penyelenggaraan bangunan dilaksanakan dalam tempoh sebulan daripada aduan kerosakan bangunan yang diterima.
  • Memastikan penyelenggaraan kemudahan awam (pondok bas, taman permainan, ceper jalan, papantanda perumahan dan lain-lain) dilaksanakan dalam tempoh sebulan  daripada aduan kerosakan yang diterima.

 

FUNGSI

1.  UNIT PENYELENGGARAAN AWAM

  • Menyelenggara kerosakan longkang dalam pusat bandar/kawasan perumahan MPK secara kontrak (Inden) dan dalaman.
  • Menyelenggara permainan kanak-kanak & rekreasi di kawasan perumahan MPK secara kontrak (Inden) dan dalaman
  • Menyelenggara papan tanda lalulintas, ceper jalan dan papan maklumat bandar.
  • Menyelenggara dan membina kemudahan awam seperti pondok bas dan tempat pejalan kaki.
  • Menyelaras kerja persiapan tempat untuk acara rasmi Negeri, Majlis, Kerajaan sahaja dengan merancang dan mengatur penggunaan peralatan
  • Menyelenggara peralatan, perabut dan struktur bangunan MPK.
  • Menyelaras projek-projek kecil Majlis seperti surau, stor, sambaungan dan ubahsuai bangunan secara Kontrak (Inden) dan dalaman.

 

2.   UNIT ELEKTRIKAL

  • Penyelenggaraan P.A Sistem dalam bangunan/dewan.
  • Penyelenggaraan lampu pentas dalam bangunan/dewan.
  • Penyelenggaran P.A Sistem bergerak (Mobile)
  • Penyelenggaraan lampu isyarat.
  • Penyelenggaraan lampu jalan (Hak milik Majlis)
  • Penyelenggaraan lampu hiasan.
  • Penyelenggaraan letrik di bangunan Majlis.
  • Penyelenggaraan letrik bagi projek-projek kecil dan perumahan.
  • Menyimpan inventori lampu-lampu jalan, telefon lampu isyarat dan lampu-lampu hiasan.
  • Penyelenggaraan alat-alat telekomunikasi pejabat, dewan dan kompleks MPK.
  • Melaksanakan prosedur ISO bagi prosedur yang terlibat.
  • Menyimpan dan mengemaskini inventori motoelektrik, pump, generator dan telefon.
  • Penyelenggaraan alat-alat telekomunikasi pejabat, dewan dan komputer.
  • Rekabentuk, penyeliaan dan pentadbiran kontrak bagi kerja dan projek pembangunan, penyelenggaraan elektrik Majlis melibatkan Inden, Sebutharga dan Tender.

 

PERANAN/TANGGUNGJAWAB

  • Memberi perkhidmatan persiapan tempat kepada acara-acara Majlis, Negeri dan Persekutuan.
  • Menyelenggara bangunan-bangunan Majlis mengikut konsep perlaksanaan sendiri dan penggunaan kontraktor.
  • Menyelenggara kemudahan-kemudahan awam antaranya ceper jalan, peralatan permainan kanak-kanak, perparitan bandar dan papantanda.
  • Melaksanakan projek-projek kecil penyelenggaraan Majlis.
  • Menyelenggara lampu isyarat untuk kemudahan orang awam.
  • Memasang lampu hiasan untuk pengcahayaan terutama di musim perayaan.
  • Menyelenggara P.A Sistem, lampu pentas dalam bangunan/dewan.
  • Menyelenggara lampu jalan (hak milik Majlis).
  • Menyelenggara letrik di bangunan Majlis dan projek-projek kecil.