Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |    Pilihan Warna Teks : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal   |  Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Putih Tukar Latarbelakang Kelabu Tukar Latarbelakang Hijau  
  Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 
 
 
 
 
 

BAHAGIAN JALAN

MATLAMAT

Mengadakan serta melaksanakan sistem penyelenggaraan jalan yang cekap dengan bertindak segera terhadap aduan orang ramai dan memastikan projek-projek penyelenggaraan jalan dibuat dengan mematuhi spesifikasi pembinaan.

OBJEKTIF

  1. Memproses permohonan borang sokongan pengeluaran perakuan kelayakan menduduki (CFO) untuk Bahagian Jalan dalam tempoh 14 hari dari tarikh maklumat lengkap yang diterima.
  2. Memproses kerja-kerja inden secara lantikan undian dalam tempoh 60 hari dari tarikh aduan diterima.
  3. Memproses permohonan kerja-kerja korek gali dalam tempoh 30 hari dari tarikh dokumen lengkap yang diterima.

PIAGAM

  1. Memastikan kerja-kerja tampalan (patching) kerosakan jalan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas aduan diterima setelah lantikan kontraktor kerja inden dan sebutharga.
  2. Memastikan penyelenggaraan jalan secara inden (undi) mengikut aduan awam dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.

FUNGSI

1. UNIT KAWALAN PEMBINAAN DAN LALULINTAS

  • Memproses serta meluluskan pelan-pelan kerja jalan yang akan dibina di dalam kawasan perumahan dan industri.
  • Mengikut lawatan, arahan dan ujian yang diperlukan bagi menjamin mutu kerja jalan yang dibina.
  • Memperakukan persiapan kerja dan perabut jalan termasuk kemasan jalan bagi tujuan pengeluaran CFO dan CCC.
  • Menyemak dan mengemaskini senarai jalan dalam pendaftaran MARRIS untuk mendapatkan geran penyelenggaraan jalan.
  • Pemeriksaan untuk pelepasan jaminan bank bagi longkang dan jalan.
  • Menentukan lokasi serta kedudukan papan tanda lalulintas, ceper nama jalan/lorong dan bonggol 'hump'.
  • Memproses dan meluluskan pelan lalulintas jalan di peringkat kebenaran rancangan (PO).
  • Mengemukakan laporan kemalangan jalanraya di dalam kawasan MPK ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
  • Menerima dan menyemak serta malaksanakan aduan lalulintas awam.
  • Mengadakan kajian serta melaksanakan perubahan aliran lalulintas.

2. UNIT SENGGARA

  • Melaksanakan pembaharuan muka jalan (resurfacing) serta kerja-kerja tampalan (patching).
  • Menyediakan dan memperbaharui perkakasan jalan termasuk garisan jalan dan perabut jalan.
  • Melaksanakan aduan awam serta mengambil tindakan susulan bersesuaian.
  • Mengadakan ujian 'marshall, coring gradient drain, temperature' serta 'compaction' bagi mengawal mutu kualiti pembinaan jalan.
  • Melaksanakan pembaikan longkang tepi jalan dan cerun tepi jalan.
  • Mengemukakan laporan Kewangan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan kepada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Bahagian Kewangan.
  • Menyediakan maklumbalas aduan ke Bahagian Perhubungan Awam dalam tempoh 3 hari setelah aduan diterima.

3. UNIT KOREKGALI

  • Urusetia Mesyuarat Penyelarasan Lalulintas.
  • Menyemak dan menyediakan butiran jumlah kenderaan untuk aliran lalulintas serta analisanya.
  • Memproses aduan berkaitan lalulintas dan perkiraan jalan.
  • Memproses permohonan kerja korek gali.
  • Memproses pelepasan jaminan bank.
  • Memproses pelepasan korek gali dalam tempoh 14 hari setelah pemeriksaan tapak dibuat.

LATAR BELAKANG

Bahagian Jalan, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan  telah ditubuh 1 Julai 2006.  Bahagian ini dipertanggungjawab untuk membuat kawalan dan penyelenggaraan jalan daerah Kuantan.  Pada tahun 2008, MPK telah menerima peruntukan sebanyak RM3.6 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan yang merangkumi jalan dalam kawasan perumahan, kawasan industri dan sebahagian daripada jalan dalam kawasan Pusat Bandar yang terletak dalam zon penyerahan kepada PBT.  Geran peruntukan ini akan diagihkan kepada enam (6) skop kerja menyenggara iaitu:

  1. Penurapan Muka Jalan
  2. Penampalan
  3. Garisan Jalan
  4. Papan Tanda Lalulintas
  5. Ceper Nama Jalan/Lorong
  6. Cat 'Kerb' Jalan dan Cat 'Hump'
  7. Kajian Lalulintas
  8. Membina 'Hump'
  9. Longkang tepi jalan dan Ceper tepi jalan

 

KOMITMEN DAN TANGGUNGJAWAB

  • Menyelaras aduan awam berkaitan jalan melalui E-Aduan, surat, telefon serta tindakan minit-minit mesyuarat dengan mengadakan lawatan tapak serta mengambil tindakan penyelarasan.
  • Memproses permohonan pelan jalan serta mengawal kualiti pembinaan jalan dibuat oleh pemaju dan dikawal selia oleh perunding.
  • Menyediakan perancangan kawasan yang hendak dibuat penyelenggaraan jalan serta menyemak, mengawasi dan memeriksa bagi kerja-kerja inden, sebutharga dan tender yang dibuat oleh kontraktor yang dilantik oleh MPK.
  • Mengadakan perbincangan dengan perunding, pemaju dan kontraktor bagi isu-isu semasa serta menyelesaikan masalah di tapak.
  • Menyelaras kerja-kerja korekgali yang dibuat oleh JBA, TNB, Telekom, Celcom, Digi, Indah Water, Pemaju dan agensi-agensi terlibat.
  • Menyediakan dan menyemak senarai jalan dalam pendaftaran MARRIS untuk dikemaskini dan diserah kepada JKR.