BAHAGIAN PELESANAN
Piagam Pelanggan
- Memastikan permohonan lesen premis dan lesen iklan diluluskan dalam masa 14 hari.
- Memastikan permohonan permit pemasangan sepanduk/banting diluluskan dalam tempoh 10 minit.
- Memastikan kelulusan permit kakilima dibuat dalam masa 10 minit.
- Memastikan kelulusan permit hiburan (sementara) di buat dalam masa 10 minit.
Objektif
- Mendidik pelesen-pelesen melalui program dialog dan motivasi.
- Mempermudahkan permohonan lesen melalui perkhidmatan yang profesional, cekap dan kemas.
- Membuat pemantauan dan pemeriksaan ke atas premis setiap minggu.
- Memastikan semua kakitangan mengamalkan konsep Mesra Pelanggan.
- Menyediakan data-data terkini berkaitan pelesen-pelesen.
Matlamat
Menjadikan aktiviti pernigaaan di Bandar Kuantan lebih kemas dan tersusun serta mendidik pelesen-pelesen ke arah disiplin yang lebih tinggi dan bertanggungjawab.
Unit Pentadbiran
- Menguruskan surat menyurat Jabatan.
- Menguruskan permohonan lesen dan mesyuarat kelulusan lesen.
- Memastikan perkhidmatan kaunter berjalan lancar.
- Mengemaskini rekod cuti kakitangan.
- Menyediakan prestasi Bahagian berdasarkan laporan dari unit-unit.
- Menyediakan anggaran belanjawan Bahagian.
- Menjaga stok alat tulis.
- Menyediakan penyata elaun lebih masa.
- Mengurus kebajikan kakitangan.
- Menyelaras tugas kakitangan termasuk tatatertib.
Unit Tred Perniagaan
- Menjalankan pemeriksaan premis tred perniagaan.
- Mengawal aktiviti yang dijalankan.
- Kawalan ke atas kebersihan premis.
- Menentukan syarat bagi pengeluaran lesen.
- Menyiasat aduan.
- Memberikan pendidikan kesihatan.
- Menyediakan laporan bulanan 'Area Officer' dan laporan pemeriksaan premis makanan.
- Pemeriksaan tapak/lokasi premis untuk tujuan pengeluaran lesen.
- Operasi pemeriksaan dan memproses permohonan lesen.
- Membuat kawalan dan pengawasan berdasarkan peruntukan undang-undang kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian.
- Dialog dengan pelesen.
Unit Restoran
- Menjadikan premis dalam kawasan MPK berada di dalam keadaan yang sentiasa bersih dan kemas.
- Membuat laporan penilaian kebersihan premis makanan secara bulanan bagi pemilihan restoran terbersih.
- Pemeriksaan tapak lokasi premis untuk tujuan pengeluaran lesen.
- Membuat pemeriksaan susulan/pemantauan syarat-syarat lesen.
- Pemeriksaan kes aduan awam, agensi Kerajaan dan swasta berkaitan kacau ganggu.
- Pemeriksaan operasi dalaman dan bersama lain-lain Agensi kerajaan.
- Menaikkan taraf restoran dan warung kopi dari segi struktur dan aspek estetik.
Unit Makanan
- Mengawasi keadaan struktur premis.
- Mengawal aktiviti yang dijalankan.
- Mengawasi pekerja-pekerja pengendali makanan.
Unit Iklan/Industri Dan Am
- Pemeriksaan ke premis kilang yang dilesenkan.
- Pemeriksaan permohonan bagi lesen premis.
- Menyediakan laporan pemeriksaan dengan cadangan dan syor.
- Menyediakan syarat-syarat pengeluaran lesen:-
- menimbulkan kacau ganggu
- menyebabkan pencemaran beroperasi secara haram
- Menerima dan mengambil tindakan atas aduan yang berkaitan.
- Memberi pendidikan kesihatan khidmat nasihat dan dialog.
Unit Hiburan Dan Lain-lain Tred
- Membuat pemeriksaan premis hiburan.
- Membuat operasi ke atas pusat-pusat hiburan/premis.
- Memastikan rekod unit dikemaskini.
- Memastikan pemohon lesen hiburan dibuat mengikut tatacara.
- Mengendalikan dialog/ceramah dan pendidikan kepada pelesen/pengendali makanan.
- Memastikan kutipan hasil unit hiburan dan lain-lain tred dilakukan sebaik-baiknya.
- Memastikan pematuhan syarat lesen premis dan lesen aktiviti bagi lesen hiburan.
- Menguatkuasa permohonan unit-unit di bawah enakmen hiburan 1993 dan kaedah hiburan 1996 dan unit-unit kecil rumah urut MPK 1983.