BAHAGIAN LETAK KERETA
Piagam Pelanggan
Memastikan maklumat berkaitan dengan letak kereta dikeluarkan dalam tempoh 15 minit.
Peranan
Memastikan perkhidmatan letak kereta di Bandar Kuantan tersusun dan memenuhi keperluan pelanggan.
Objektif
Mewujudkan persekitaran Bandar Kuantan yang tersusun,terancang melalui perkhidmatan letak kereta yang sistematik, cekap dan efektif.
Perkhidmatan yang Disediakan
Diadakan bagi memudahkan orang ramai meletak kenderaan secara tersusun dan terancang.
Kupon Jam Letak Kereta Bergores
- Dijual untuk dipamerkan mengikut jam atas kadar 45 sen sejam atau sebahagian daripadanya.
Kupon Harian
- Dijual dan dipamerkan secara harian atas kenderaan dengan kadar RM3.50 sehari.
Kupon Bulanan
- Dijual dan dipamerkan secara bulanan atas kenderaan dengan kadar RM 52.50 sebulan.
Kupon Pakej (3 Bulan, 6 Bulan dan 9 Bulan dan 1 Tahun)
- Dijual dan dipamerkan pada kenderaan mengikut tempoh kupon dengan kadar RM150.00 untuk 3 bulan, RM300.00 untuk 6 bulan, RM445.00 untuk 9 bulan dan RM570.00 untuk setahun.
Sewa Petak Letak Kereta
- Kemudahan ini hanya diberikan di tempat-tempat tertentu dan mengikut kategori perniagaan yang dijalankan. Kadar yang dikenakan adalah RM136.00 (termasuk 6% cukai perkhidmatan) sepetak/sebulan. ( Muatturun Borang Permohonan Disini. )
Pusat Jualan Kupon
- Pejabat Bahagian Letak Kereta,Kuantan Centre Point
- Semua Pondok Jualan Kupon Letak Kereta MPK ( Lihat Senarai Pondok Jualan Disini )
- Ejen-ejen Jualan Kupon Yang Dilantik ( Lihat Senarai Ejen Kupon Disini )
( Muatturun Borang Permohonan Menjadi Ejen Disini )
Sebarang Pertanyaan Bolehlah Dirujuk Kepada:-
Bahagian Letak Kereta
No.5 Blok C, Kuantan Centre Point,
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel: 09-5162584 / 5162830 Fax: 09-5162431
E-mel: saat@mpk.gov.my