BAHAGIAN CUKAI TAKSIRAN
Piagam Pelanggan
1. Menghantar bil cukai taksiran kepada pemilik pegangan 2 kali setahun iaitu:
- 1/2 Tahun Pertama - Sebelum 15 haribulan Januari
- 1/2 Tahun Kedua - Sebelum 15 haribulan Julai
2. Kelulusan bagi bayaran ansur cukai taksiran secara berjadual diberikan dalam tempoh 1 hari bekerja.
Cukai Taksiran Am
Maklumat Am
Cukai Taksiran Am ialah cukai yang dikenakan keatas pegangan berkadar seperti :
- Bangunan Kediaman
- Bangunan Perniagaan (Kedai, Kompleks Perniagaan, Pejabat, Hotel, Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang)
- Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo dan Pencawang)
- Tanah Kosong (Bangunan, Pertanian, Perindustrian dan Perniagaan
yang terletak di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuantan.
Tempoh Bayaran
Cukai Taksiran dibayar 2 kali setahun iaitu :-
- 1/2 tahun pertama - 1hb Januari hingga 28hb Februari setiap tahun
- 1/2 tahun kedua - 1hb Julai hingga 31hb Ogos setiap tahun
Tindakan Jika Tidak Menjelaskan Bayaran dalam Tempoh
Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, anda akan dikenakan tindakan-tindakan seperti :-
- Notis Borang E akan dikeluarkan kepada anda. Anda akan dikehendaki menjelaskan bayaran dalam masa 15 hari daripada tarikh notis. Denda/bayaran lewat dikenakan kepada baki terakhir tunggakan - Seksyen 147 (I) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Jadual Denda
| Jumlah Tunggakan | Denda Lewat |
RM 100.00 ke bawah RM 101.00 - RM 200.00 RM 201.00 - RM 300.00 RM 301.00 - RM 400.00 RM 401.00 ke atas | RM 2.00 RM 3.50 RM 5.00 RM 6.50 2 % drp jumlah tunggakan |
- Jika masih gagal, waran tahanan (Warrant of Attachment) akan dikeluarkan kepada anda. Waran ini membolehkan Pegawai MPK yang diberi kuasa
- Menahan proses kelulusan dan perkhidmatan MPK bagi pegangan yang mempunyai tunggakan seperti berikut :-
- kelulusan lesen perniagaan di pegangan tersebut.
- kelulusan pelan susunatur
- kelulusan pelan bangunan
- kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan Menuntut tunggakanmelalui peguam MPK juga mengambil tindakan melalui peguam untuk memungut cukai taksiran am. Segala kos guaman akan dituntut oleh peguam kepada pemilik harta.