Pilih Saiz : Kecilkan Teks Set Semula Besarkan Teks   |    Pilihan Warna Teks : Kontra Biru Kontra Hitam Kontra Coklat Kontra Asal   |  Latarbelakang : Tukar Latarbelakang Putih Tukar Latarbelakang Kelabu Tukar Latarbelakang Hijau  
  Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 
 
 
 
 
 

BAHAGIAN PERANCANGAN

Matlamat

Mengadakan serta melaksanakan sistem kawalan pembangunan yang efisien bagi mewujudkan pembangunan yang tersusun, indah dan berkualiti

Menyedia serta melaksanakan pelan-pelan perancangan pelan-pelan perancangan yang lengkap dan sempurna bagi membantu perlaksanaan pembangunan yang berkualiti dalam kawasan Majlis

Mewujudkan sistem perlaksanaan projek-projek pembangunan yang mantap

Objektif

  • Memproses permohonan kebenaran merancang dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima
  • Memproses kelulusan pelan pra-hitungan dalam tempoh 30 hari dari tarikh maklumat lengkap diterima
  • Memproses ulasan tukar syarat dasar pembangunan tanah dalam tempoh 14 hari bakerja dari tarikh maklumat lengkap diterima

 

Piagam Pelangan

  • Menyediakan ulasan berkaitan dengan aliran lalulintas dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh aduan dan arahan diterima
  • Memastikan maklumat Rancangan Pemajuan yang diperlukan oleh pelanggan disediakan dalam tempoh 30 minit
  • Menyediakan ulasan permohonan tanah individu/agensi dari Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan dalam tempoh 21 hari bekerja
  • Memproses permohonan kelulusan tapak papan iklan luar premis secara serentak dalam tempoh 21 hari bekerja

 

Fungsi

  • Kajian khas mengenai isu-isu lalulintas seperti pengangkutan awam, penyediaan pondok bas, tempat letak kereta, laluan pejalan kaki dan sebagainya
  • Mengenalpasti projek-projek pembangunan meliputi projek-projek kemudahan awam, pelancongan, rekreasi dan lain-lain
  • Menyediakan risalah perancangan dan maklum balas awam
  • Menguruskan permohonan tanah MPK dan ulasan permohonan tanah dari Pejabat Daerah dan Tanah
  • Memproses permohonan tapak iklan luar premis yang terdiri daripada unipole, minipole dan papan iklan
  • Semakan laporan Rancagan Tempatan Daerah Kuantan dan Rancangan Kawasan Khas
  • Urus setia kepada program Bandar Mampan dan Bandar Selamat

 

Latar Belakang

Bahagian Rancangan Pemajuan, Jabatan Perancangan dan Pembangunan telah ditubuhkan pada Jun 2001 selepas penstrukturan semula organisasi Majlis. Bahagian ini dipertanggungjawab kepada penyediaan Rancangan pemajuan terutamanya Rancangan Kawasan Khas dan Pelan Bangunan Pembangunan Fizikal yang melibatkan Rancangan Tempatan Daerah Kuantan, Rancangan struktur Negeri Pahang dan Rancangan Fizikal Negara. Selain daripada itu, Bahagian ini bertanggungjawab membantu dan menjalankan pelbagai kajian. Bahagian ini terdiri daripada 5 orang kakitangan iaitu, seorang Pegawai Perancang Bandar dan Desa (Kanan), seorang Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa serta 2 orang Juruteknik Perancang Bandar dan Desa.

Peranan Dan Tangungjawab

  • Memantau perlaksanaan dasar dan strategi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan MPK.
  • Mengurus penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Kuantan.
  • Mengkaji syor-syor kajian perancangan dan pembangunan yang dijalankan oleh perunding, universiti dan agensi kerajaan.
  • Menyalurkan maklumat kepada agnesi-agensi yang memerlukan.
  • Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Negeri terutamanya Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri.
  • Menyelaras kertas-kertas taklimat, seminar dan kursus di peringkat Jabatan dan Majlis.
  • Memberi ulasan terhadap terhadap projek-projek khas seperti projek penswastaan MPK dan negeri.