BAHAGIAN KAWALAN PEMBAGUNAN
Matlamat
Mengada serta melaksanakan sistem kawalan pembangunan yang efisien bagi mewujudkan pembangunan yang tersusun, indah dan berkualiti
Menyedia serta melaksanakan pelan-pelan perancangan yang lengkap dan sempurna bagi membantu perlaksanaan pembangunan yang berkualiti dalam kawasan Majlis.
Mewujudkan sistem perlaksanaan projek-projek pembangunan yang mantap
Objektif
- Memproses permohonan Kebenaran Merancang dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima
- Memproses kelulusan pelan pra-hitungan dalam tempoh 30 hari dari tarikh maklumat lengkap diterima
- Memproses ulasan tukar syarat dasar pembangunan tanah dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima
Piagam Pelangan
- Memproses permohonan Kebenaran Merancang dalam tempoh 60 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap diterima
- Memproses kelulusan pra hitungan dalam tempoh 30 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap diterima
- Memproses tukar syarat dasar, pecah sempadan, pecah bahagian dan cantuman tanah tempoh 14 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap
Fungsi
- Memproses permohonan termasuk lawatan tapak dan semakan pelan bagi permohonan kebenaran merancang, pandangan dasar dan kes-kes rayuan
- Penyediaan dokumen kelulusan kebenaran merancang, kelulusan pandangan dasar dan kelulusan rayuan
- Memproses permohonan tukar syarat dasar, permohonan pecah sempadan/pecah bahagian/cantuman tanah
- Mengemaskini data 'attribute' dan 'spatial' di semua lapisan 'layer' maklumat
- Melaksanakan sistem e-Rancang bagi menjalankan kerja memproses dan menyemak semua permohonan perancangan
- Mengkaji semula semua garis panduan piawaian perancangan yang digunapakai oleh Majlis