BAHAGIAN PENILAIAN

Matlamat

  • Mempastikan kakitangan di Jabatan Penilaian mematuhi peraturan dan disiplin kakitangan ke tahap yang maksimum.
  • Semua kakitangan di Jabatan Penilaian akan mengikuti kursus yang dianjurkan oleh MPK/Jabatan luar perlu dihadir sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
  • Mempastikan fail-fail pentadbiran tersusun, kemas dan teratur dan direkod ke dalam komputer.
  • Penilaian hartanah adalah berasaskan kepada undang-undang Akta Kerajaan Tempatan 1976, Fasal 156 Perlembagaan Persekutuan, Kanun Tanah Negara serta undang-undang yang berkaitan.
  • Senarai nilaian sentiasa dilengkapkan dan dikemaskini bagi maksud pengiraan dan tindakan-tindakan berkaitan dengan cukai taksiran Majlis.
  • Penyimpanan rekod-rekod laporan penilaian harta dan hartanah kepunyaan Majlis dilakukan mengikut prosedur dan bersistematik bagi menjamim keselamatan data-data dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengannya.
  • Kutipan ke atas tunggakan cukai taksiran diberikan tumpuan serius dan dipastikan ianya berada di paras minima. Di samping itu jabatan memperluaskan kawasan pungutan cukai secara berperingkat-peringkat meliputi kawasan Majlis bagi mempertingkatkan kutipan hasil dari semasa ke semasa.

 

Piagam Pelanggan

  • Memberi peluang kepada pembayar cukai membuat bantahan dan rayuan kepada penilaian yang dicadangkan.
  • Setiap permohonan Pulangan Balik Cukai akan diproses dan pemilik harta berkenaan akan dimaklumkan melalui surat dengan segera.
  • Mempastikan setiap perubahan maklumat pemilik dan harta akan direkod.
  • Memberi peluang yang secukupnya kepada pemilik harta membayar tunggakan cukai taksiran mengikut tempoh yang ditetapkan.
  • Memberi jaminan setiap tindakan operasi susulan mengutip tunggakan cukai taksiran dilaksanakan dengan tegas dan bertimbangrasa.

 

Latar Belakang

Penilaian
Jabatan Penilaian mempunyai dua Bahagian iaitu Bahagian Penilaian dan Bahagian Pentadbiran yang bertindak sebagai pemangkin utama kepada aktiviti-aktiviti di Jabatan tersebut. Sebanyak 3069 pegangan telah direkodkan pada tahun 2002 yang melibatkan harta-harta kediaman, perniagaan, perindustrian dan tanah kosong. Peningkatan prestasi bagi tahun 2002 disebabkan oleh beberapa tindakan yang telah dibuat seperti di bawah:-

  • Mengamalkan sikap pro-aktif. Pembantu Penilai sering membuat lawat periksa dan memulakan kerja-kerja penyediaan penilaian tanpa menunggu fail CFO daripada Bahagian Bangunan.
  • Pemantauan dilakukan oleh Ketua Bahagian/Pengarah secara lebih kerap dan lebih terperinci.
  • Sikap bekerjasama sebagai satu kumpulan sering diterapkan.
  • Menanam sikap ‘sense of urgency' di kalangan kakitangan.
  • Menanam komitmen yang tinggi di kalangan kakitangan.
  • Bahagian Penilaian juga telah melaksanakan kerja-kerja penilaian bagi sambungan kepada bangunan. Satu ‘task-force' bagi kerja-kerja ini dibuat di seluruh kawsan perumahan. Sejumlah 863 kes sambungan telah dinilai.

 

Pembaharuan
Selaras dengan rombakan struktur, Jabatan Penilaian telah melaksanakan beberapa perubahan di sepanjang tahun, perubahan-perubahan tersebut adalah seperti yang tersenarai di bawah:-

  • Mesyuarat Bahagian telah ditambah kekerapannya iaitu daripada sebulan sekali kepada 2 minggu sekali. Semenjak bulan Mac sehingga bulan Disember 2002 sebanyak 22 kali Mesyuarat Bahagian diadakan.
  • Pemantauan kerja-kerja Pembantu Penilaian di dalam Borang Laporan Kerja.
  • Bahagian Penilaian telah menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja sambungan kepada rumah kediaman. Satu ‘task-force' membuat kerja-kerja sambungan telah dibentuk. Penumpuan telah diberi di sekitar bandar Kuantan. Sebanyak 485 kes sambungan di kawasan ini telah dilaksanakan. ‘Task-force' ini akan diteruskan di kawasan-kawasan lain.
  • Bagi tahun 2001, Bahagian Penilaian telah membuat perubahan di dalam melaksanakan penilaian kompleks industri di Gebeng. Kerja-kerja penilaian dibuat sendiri dan tidak lagi menggunakan khidmat consultant sebagai langkah menjimatkan kos MPK. Sebanyak 3 buah Kompleks Industri Gebeng telah dinilai sendiri iaitu, PHD, CUF dan Flexsys Chemicals. Cukai tahunan bagi ketiga-tiga buah kompleks industri ini ialah RM823,900.00.
  • Sepanjang tahun 2002, sejumlah 198 kes Pulangan Balik Cukai sehingga November 2002 telah diproses. Keadaan kegawatan ekonomi pada masa ini menyebabkan semakin banyak bangunan yang kosong. Oleh itu sebagai langkah membantu penduduk, Bahagian Penilaian dan Bahagian Cukai Taksiran telah mengedar risalah tentang tatacara memohon Pulangan Balik Cukai. Bahagian Penilaian juga telah mengeluarkan kad tanda penerimaan kepada pemohon-pemohon Pulangan Balik Cukai.
  • Bayaran Caruman Membantu Kadar bagi tahun 2002 telah diterima sepenuhnya iaitu RM2,233,052.00. Bayaran ini adalah bagi tuntutan Harta Kerajaan Persekutuan, Harta Kerajaan Negeri dan Harta Badan-Badan Berkanun. Pada tahun 2001, Kuantan Port Consortium telah dikeluarkan daripada senarai harta CBK kerana ini telah pun diswastakan.

 

Halaman: 1  2  3  

 

KALENDAR KALENDAR

23 Ogos 2014
I S R K J S A
28 29 30 31 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31